Pada:
Sabtu, 18 Mei 2013
"Saya baru sahaja pulang dari mengerjakan ibadah umrah lima hari yang lalu. Alhamdulillah, pemergian saya ke Mekah kali ini telah membuka pintu hati saya untuk bertudung.
"Tujuan saya ke sana adalah menjalani penggambaran drama bersiri RTM berjudul Balqis yang akan ditayangkan pada bulan Ramadan ini. Pada masa yang sama, saya berkesempatan mengerjakan umrah bersama suami dan anak,
"Sebelum ini saya sudah tiga kali mengerjakan umrah sejak tahun 2008, tetapi tiada sebarang perubahan yang berlaku apabila pulang ke Malaysia dan saya masih kekal dengan imej dan penampilan yang sama.
"Bagaimanapun, ibadah umrah yang keempat ini telah memberi rahmat buat diri saya kerana telah diberi petunjuk dan berkat doa yang tidak putus-putus,
"Ketika itu saya mula terfikir bahawa sudah tiba masanya untuk saya membuat perubahan kepada penampilan diri. Kemudian, saya memberitahu perkara ini kepada suami dan dia merupakan orang yang paling gembira," ujarnya.
Ketika Eja memandang Kaabah secara tiba-tiba timbul perasaan sayu, lalu membuatkan air matanya mengalir deras sehingga menimbulkan kehairanan suami dan anaknya.
Tag : Duta Produk , Gambar Artis , Makkah , Pelakon , Siti Shahrizah , Tudung , Umrah





