Misha Omar Tangguh Kahwin Sehingga 2014

Pada: Isnin, 15 April 2013

Penyanyi Misha Omar dikatakan akan menagguhkan sekali lagi buat kali ke-2 tarikh perkahwinannya pada tahun 2014 dengan tunangnya Firos Ezzwan yang ditunangkan pada bulan Februari 2012. Kali pertama cadangan mereka pada bulan September 2012 yang lalu.

Kenyataan Misha yang memetik di portal Murai itu lagi menambah dia dan Firos terpaksa menangguhkan tarikh itu kerana kesibukan kerjaya masing-masing
"Tahun ini saya sangat sibuk, bayangkan jadual saya penuh sehingga Ogos, tapi tak akan nak kawhin bulan puasa pula kan?

"Jadi jangan tanya mengenai kahwin dahulu buat masa ini.

"Sebenarnya kami sudah tangguh sekali dan sepatutnya September tahun lalu.Tapi waktu itu tunang saya belum habis peperiksaan sebelum mendapat lesen untuk mengendalikan pesawat Airbus.

"Jadi insyAllah, kami akan membuat keputusan untuk berkahwin pada tahun hadapan iaitu 2014," -Misha
Dan ditambah lagi yang Misha akan mengambil cuti 2 bulan paling kurang untuk membuat persiapan di majlis yang bermakna itu nanti.

Tag : , , , , , ,