Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Fathia Latiff panas dengan Pramugari ini, tapi Fathia pula dikecam

Selasa, 6 Disember 2016

Apa Yang Pramugari Buat Kat Dato Siti Nurhaliza Depan Toilet?

Khamis, 11 Ogos 2016

Apa Yang Pramugari Buat Kat Dato Siti Nurhaliza Depan Toilet Ni Bakal Buat Ramai TERKEJUT !!!| Seorang pramugari menceritakan satu kisah yang agak melucukan yang terjadi dalam satu penerbangan MAS yang melibatkan artis terkenal tanahahair, Dato Siti Nurhaliza.

Ringkasnya, pramugari ini merupakan salah seorang peminat tegar Dato Siti dan teruja apabila melihat artis kesayangannya itu menaiki pesawat. Dia sangat teringin nak berselfie dengan Dato Siti tapi melihatkan keadaan Dato Siti yang sangat letih dan ketiduran hampir sepanjang perjalanan membuatkan pramugari itu nekad meneruskan hajatnya ketika Dato Siti bangkit seketika untuk ke toilet.

Dan kisah seterusnya boleh baca kat bawah ni.. Bak kata pengomen, kalau malu, memang sampai bila la tak dapat.

Pramugari MAS Ini Dedahkan Tragedi Mengejutkan Berlaku Kepada Siti Nurhaliza

Isnin, 18 Januari 2016


Pramugari MAS itu berjaya merakamkan tragedi tersebut ketika Dato Siti menaiki Flight pulang dari sambutan hari lahirnya di Jakarta. Hmmm…kalau segan memang tak dapatlah kan? Korang kena baca kapsyen yang last tu. Memang win!!!

Kekasih baharu Hanez Suraya? (5 gambar)

Isnin, 17 November 2014

Dengarnya Hanez Suraya sudah memiliki kekasih baharu. Ini membuktikan yang hubungannya dengan suami orang itu sudah betul-betul sudah berakhir.

Namun dakwaan yang Hanez sudah memiliki kekasih baharu telah dibuktikan dengan beberapa keping gambar. Jejaka yang dikenali dengan nama 'S' itu adalah pilot syarikat penerbangan MAS.

Kalau benar, baguslah tu kan, segala kontroversi yang melandanya selama ini sudah berkubur. -gambar Murai

MH17 : Gambar Hattan sambut jenazah sepupu

Sabtu, 23 Ogos 2014


Penyanyi, Hattan yang merupakan sepupu Dora Shahilla turut tidak dapat menahan kesedihan sewaktu menyambut ketibaan jenazah Ketua Pramugari Pesawat MH17 semalam.

MH17 : Azwan Ali berselfie ketika Hari Berkabung (gila selfie)

Sedang orang ramai bersedih dan bertafakur, ada juga orang yang kurang sensitif dan 'gila selfie' mengambil peluang mendapatkan sudut terbaik untuk berselfie. Anda kenal tak siapa dia? Adik kepada pemimpin salah seorang pemimpin PKR, Azmin Ali. Tidak salah untuk selfie, tetapi sila tengok tempat dan waktu yang sesuai. -Facebook Friend of BN

Hanez Suraya saman MAS

Jumaat, 23 Mei 2014

Wah, punya berani Hanez Suraya bagi membersihkan nama baik dan hak pribadinya, dia telah memfailkan saman kepada syarikat penerbangan koglemerat tempatan, MAS. Ianya adalah disebabkan pendedahan tiket penerbangannya dengan kekasihnya, Romie Razin yang dfihamkan ke Bangkok Thailand bulan April lalu.

Menurut laporan mStar, Hanez dan Romie beberapa jam selepas mendarat di Bangkok, mereka diberitahu oleh rakan mereka dimana salinan tiket penerbangan mereka telah dimuatnaik ke dalam laman sosial Facebook, Kami Sokong Liyana Manan.
“Saya mengambil tindakan atas dasar privasi. Perkara ini tidak patut berlaku kerana pihak tersebut merupakan sebuah syarikat penerbangan gergasi. Pihak mereka tertakluk kepada Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan tidak boleh melakukan perkara tersebut,”

"Apabila perkara ini terjadi, saya dan peguam cuba berbincang dengan pihak MAS terlebih dahulu untuk menyelesaikan perkara ini secara baik. Namun begitu, usaha yang saya lakukan gagal mendapat kerjasama.

"Kalau boleh saya memang tak mahu membesarkan cerita. Tak mahu pun ambil tindakan undang-undang. Tapi dalam masa sebulan, usaha saya untuk berbincang bersama mereka gagal. Persoalan saya tidak dijawab oleh mereka dan mereka tak memberi saya kerjasama. Saya tidak boleh berdiam diri,” -Hanez Suraya

30 Gambar pernikahan Misha Omar, Firos

Sabtu, 3 Mei 2014

Misha Omar selamat bergelar isteri kepada pilot MAS, Firos Ezzwan di Hotel Renaissanse, Jumaat. Misha menerima mas kahwin berupa seutas gelang emas manakala tiada wang hantaran disediakan.

Terdahulu Misha sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada 21 Februari lalu namun ia terpaksa ditangguhkan bagi menghormati kematian ayahnya, Omar Ismail pada30 November tahun lalu.

Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada Februari 2012. -gambar mStar | Rotikaya

Anuar Zain tunda konsert Minggu Setiausaha sebab..

Rabu, 26 Mac 2014

Penyanyi Anuar Zain difahamkan telah membatalkan konsert/show istimewa Minggu Setiausaha 'Terindah.. Anuar Zain' yang bakal berlangsung pada 8 April ini.

Ini ekoran sikap professional Anuar Zain sebagai manusia berperasaan ekoran menghormati tragedi MH370. Show berkenaan terpaksa ditunda kepada 29 April.
"Saya rasa simpati dengan kejadian ini. Takziah saya ucapkan kepada keluarga serta sahabat penumpang dan krew MH370. Saya rasa sangat sedih dan terkejut atas kejadian ini,

"Saya dan pihak pengurusan fikir semasak-masaknya. Kami merasakan keputusan yang kami lakukan untuk menunda tarikh ini adalah satu keputusan tepat untuk menghormati tragedi MH370 yang menimpa mangsa-mangsa terlibat dan ahli keluarga mereka,"

"Saya sendiri rasa tak seronok untuk meneruskan persembahan pada 8 April ini. Saya rasa sayu. Jadi saya dan pihak pengurusan harus memindahkan persembahan ini kepada satu tarikh yang lain atas rasa hormat," -Anuar Zain. GUA

Respon Selebriti mengenai MH370

Pengumuman rasmi PM, Datuk Seri Najib Razak pada malam hari Ahad yang lalu mengenai MH370 telah mendapat respon dari selebriti dalam dan antarabangsa di dalam laman sosial mereka.

Mereka bertumpang sedih dan bersimpati mengenai nasib penumpang dan anak kapal berkenaan, respon dari artis Bollywood seperti Shah Rukh Khan juga mendapa perhatian.

Dan yang pasti pada malam itu, laman sosial penuh dengan ucapan takziah dan al Fatihah mengenai MH370. -sumber Murai

'kalaulah saya juga berada di dalam pesawat MH370.." -Eja

Selasa, 18 Mac 2014

Isu MH370 kini semakin masuk hari ke-11 dalam operasi pencariannya. Ramai juga selebriti memberikan sokongan dan pandangan masing-masing di dalam laman sosial milik mereka.

Terbaru Siti Shahrizah atau Eja memetik portal MalaysianDigest mengakui dia pernah berkerja 5 tahun sebagai pramugari MAS dahulu sebelum ke dunia anak seni dan dia menganggap ianya satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
"Saya berasa sedih nasib yang menimpa semua penumpang serta kru pesawat tersebut sekaligus berita insiden ini cukup menyentuh hati saya. Saya juga pernah berkhidmat dengan MAS. Jadi bila saya mendengar berita ini, saya cuba meletakkan diri saya seketika di kalangan kru pesawat tersebut. Saya tidak dapat bayangkan, kalaulah saya juga berada di dalam pesawat dan bertugas pada ketika itu. Saya juga tidak dapat bayangkan bagaimana perasaan ahli keluarga mangsa-mangsa.

"Saya sentiasa mengikuti perkembangan krisis ini. Sepertimana yang kita semua tahu, ini adalah kejadian kali pertama yang dihadapi negara. Sehingga ke saat ini semakin banyak persoalan yang bermain di fikiran kita. Tapi sebagai manusia dan umat Islam, kita semua menerima ujian dari Allah ini dan saya berdoa supaya segala usaha yang dilakukan oleh kerajaan dan juga seluruh dunia dipermudahkan dan pesawat itu segera ditemui. Saya berdoa semoga semuanya selamat", -Eja

Sham Kamikaze kantoi?

Jumaat, 14 Mac 2014

Sham Kamikaze yang kini dikenali sebagai penceramah bebas telah membuat satu kenyataan yang rasanya memburukan nama Negara di dunia luar, ianya berlaku apabila sebuah blog tempatan memaparkan kepalsuan dakwaan Sham sebelum itu yang dikatakan Malaysia sangat bodoh dengan gambar dukun yang mencari MH370 di KLIA baru-baru ini melalui laman sosial miliknya.

Kebanyakkan rakyat Malaysia sebenarnya tidak bodoh dan musyrik, sebab dah tahu melalui laman sosial lain, yang dukun berkenaan difatwakan sudah sesat sejak tahun 2007. Kan dah kantoi lihat gambar sebenar yang dipetik daripada White House Album.

Jep Sepahtu kata MH370 di darat

Pelik dan sungguh misteri sungguh kenyataan yang dikeluarkan oleh Jep Sepahtu melalui laman sosial miliknya baru-baru ini mengenai kehilangan MH370.

Namun apa kah maksud disebalik kenyataan Jep ini adalah hanya dia pernah mengalami sesuatu yang aneh atau cuma tekaan daripada minda sahaja? wallahualam.

Chef Wan, Mila AF pernah bertemu anak kapal MH370

Khamis, 13 Mac 2014

Datuk Chef Wan mengakui telah mengenali seorang anak kapal MH370 yang hilang iaitu, Rainhasnan. Mereka mengenali satu sama lain apabila Chef Wan kerap keluarg negara dan saling menegur antara satu dengan yang lain. Bagi Chef Wan, dia kehilangan seorang pramugara yang terbaik buat dirinya.

Zed Zaidi mohon maaf, hina MH370

Isnin, 10 Mac 2014

Pastinya ramai yang masih berkabung, bersedih dan menantikan berita terkini mengenai pesawat yang hilang MH370 MAS kan.

Namun tidak kurang 'orang bijak pandai' menganalisisnya dengan sendiri, ada yang dibuat bahan jenaka, ada yang kaitkan soal politik dan ada juga dijadikan bahan hinaan.

Manusia seperti ini, bila kena satu hari nanti, baru la dia tahu tinggi langit dan bumi kan. Golongan selebriti seperti Zed Zaidi yang dikatakan mempersendakan berita MH370 baru-baru ini mengemparkan kaki-kaki laman sosial.

Namun kenyataannya yang lebih kepada sifat gurauan itu akhirnya ditarik balik akibat desakan dan hentaman ramai pihak, dan Zed sudah mengemukakan permohonan maaf rasminya berdasarkan apa yang dia lakukan.
"Saya mohon maaf atas kenyataan mengenaik kapal terbang MAS yang hilang di Twitter dan Facebook sebentar tadi. Saya tidak berniat untuk memburukkan lagi keadaan.

"Saya harap orang ramai menghentikan spekulasi terhadap berita ini kerana ia mengelirukan. Kita berdoa semoga semua anak kapal dan penumpang MAS yang hilang berada dalam keadaan selamat dan dilindungi Allah," -Zed zaidi, petikan portal mStar

Nasi Lemak MAS, Chef Wan Tidak Puas Hati!

Isnin, 3 Februari 2014

Baru-baru ni Datuk Chef Wan ada menaiki penerbangan MAS, tak dipastikan ke mana, tapi Chef Wan dikatakan berang dengan makanan sarapan pagi ketika di dalam sebuah pesawat dengan sarapan berkenaan adalah Nasi Lemak.

Sangat terkejut apabila Duta Pelancongan Makanan Malaysia ini melihatnya, sungguh tidak berwarna warni Nasi Lemak yang dihidangkan.

Chef Wan apa lagi, membidas cara persembahan makanan berkenaan, apatah lagi, MAS adalah sebuah penerbangan yang menaik turunkan ribuan orang dari pelbagai tempat, kena lagi dengan tahun melawat Malaysia 2014 ni.

Memang patut Chef Wan buka mulut, admin rasa malu lihat hidangan ini, sangat cincai dibuatnya.
“I flew on economy to Bangkok thinking its such a short trip and so early pulak tu pasti i will close my eye and have a short nap tak payah lah membazir duit naik business class. This Sad looking Nasi Lemak from Mas for sarapan sungguh memeranjat kan..The fact that its our national career and we dont take pride in providing our so call most famous Malaysian breakfast that kita Agong2 kan bangga serata dunia and to show case this on international flight without the proper timun and kacang serta ikan bilis nampak macam miskin sangat sarapan Malaysia ini. Kita orang Malaysia sudah pasti la tahu akan quality Nasi lemak serta pilihan lauk2 that goes along with it but hey….what about all that international travellers. Seriously i feel sad that our Msian Breakfast can suffer its own image so misleading to the point where i felt the need for them to realised how serious this can be. Why la so much in consistency when it come to serving This dish at various destinations? Why my flight ticket cost me rm850 tu maka its not business class enough ke that i am serve Nasi and Sambal with telor that make my breakfast so mcm ” Telanjang la” Come on la Mas tak kan kita nak selalu membebel pasal simple basic thing of serving the country national heritage food and dah macam pahat serta pemukul? Why sent letters to act on my complain and appology and then repeat back the same mistake? Hello am i being to difficult here or being sensible to request for a normal Nasi Lemak?” -Facebook Chef Wan

Misha Omar Tangguh Kahwin Sehingga 2014

Isnin, 15 April 2013


Penyanyi Misha Omar dikatakan akan menagguhkan sekali lagi buat kali ke-2 tarikh perkahwinannya pada tahun 2014 dengan tunangnya Firos Ezzwan yang ditunangkan pada bulan Februari 2012. Kali pertama cadangan mereka pada bulan September 2012 yang lalu.

Kenyataan Misha yang memetik di portal Murai itu lagi menambah dia dan Firos terpaksa menangguhkan tarikh itu kerana kesibukan kerjaya masing-masing
"Tahun ini saya sangat sibuk, bayangkan jadual saya penuh sehingga Ogos, tapi tak akan nak kawhin bulan puasa pula kan?

"Jadi jangan tanya mengenai kahwin dahulu buat masa ini.

"Sebenarnya kami sudah tangguh sekali dan sepatutnya September tahun lalu.Tapi waktu itu tunang saya belum habis peperiksaan sebelum mendapat lesen untuk mengendalikan pesawat Airbus.

"Jadi insyAllah, kami akan membuat keputusan untuk berkahwin pada tahun hadapan iaitu 2014," -Misha
Dan ditambah lagi yang Misha akan mengambil cuti 2 bulan paling kurang untuk membuat persiapan di majlis yang bermakna itu nanti.

Gambar Kemesraan Misha Omar Dan Tunang

Isnin, 31 Disember 2012

Sudah lama tidak melihat penyanyi, Misha Omar kan, apatah lagi bersama-sama dengan tunangnya, Firos Ezzwan  Rossly yang juga pilot MAS. Gambar dibawah adalah gambar terbaru mereka berdua yang sangat mesra telah dimuatnaik dalam laman sosial.

Kemesraan mereka seperti sudah menjadi suami isteri, tapi tidak diketahui Misha dan Firos sebenarnya sudah bernikah atau belum. Mereka bertunang dulu pada 21 Feb 2012. -gambar myartis.com

 

 

 

 

 

 

Gambar Bakal Suami Misha Omar

Isnin, 20 Februari 2012

Jeng-jeng, akhirnya Misha Omar menamatkan spikulasi dan kontroversi mengenai siapa jejaka yang menambat di hatinya. Kini dia memperkenalkan jejaka itu dan akan bertunang tidak lama lagi dan dijadualkan akan bernikah pada tahun ini juga. Jejaka itu ada, Firos Ezzwan Rossly, 30, dan merupakan juruterbang syarikat Penerbangan Malaysia Bhd. (MAS). Apa macam cocok tak?

gambar Kosmo | GUA