Pada:
Rabu, 17 April 2013
Hal ini menjadi kantoi memetik portal MediaHiburan apabila seorang sumber menyatakan yang status BlackBerry milik Zizan tertulis ucapan terima kasih kepada seseorang yang dipanggil sayang kerana memberikan hadiah itu.
"Panggilan sayang itu ditujukan kepada orang yang saya suka. Buat masa sekarang kami masih dalam proses saling mengenali. Perkenalan kami baru juga lebih kurang tiga bulan lalu.Manakala ada dua wanita yang dikaitkan dengan siapa kekasih Zizan ini iaitu Kaka Azraff dan juga Emma Maembong. Dan ini komen mereka mengenai adakah mereka orang yang dimaksudkan..
"Cukup untuk saya katakan, dia telah membuka hati dan mata saya untuk memandangnya bukan sahaja luaran tetapi dalaman juga. Kiranya, dia cukup istimewa buat saya." - Zizan
Kaka Azraff melalui portal Murai:
"Kalau boleh janganlah gosipkan saya dengan Zizan. Dia adalah individu yang telah banyak membantu saya mengatur langkah dalam bidang seni khususnya nyanyian. Hubungan kami kini boleh dianggap seperti abang dan adik.Ema Maembong melalui portal Utusan:
"Mungkin kerana saya sering dilihat bersama Zizan kerana saya berada di bawah naungan Wire Fame, iaitu syarikat milik Zizan. Ramai yang tersalah tafsir dengan hubungan rapat kami berdua.
"Sekali lagi ingin saya nyatakan di sini, saya tidak pernah terfikir untuk menjadikan Zizan kekasih saya. Cuma, apa yang ada pada Zizan dari segi perangai ada yang menepati ciri-ciri lelaki idaman saya.
"Sifat kelakar, baik dan ikhlas itu memang antara ciri yang saya cari pada seorang lelaki,"
"Sekarang ini saya berada di bawah syarikat milik Zizan, Wire Fame Sdn. Bhd. bersama dengan Johan Asaari dan Kaka.Jadi siapa kah sebenarnya wanita yang rapat dengan Zizan ni? masih menjadi misteri.. kah kah..
"Bila kita sudah berada di bawah satu bumbung, memang akan rapatlah sebab kita kerja bersama, itu sahaja," . Emma akui masih belum terpaut dengan mana-mana lelaki lagi.
Tag : Artis Bercinta , Emma Maembong , Gossip Artis , Kaka Azraff , Kekasih Artis , Pelakon , Zizan Raja Lawak


