Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Awi Rafael 'lamar' Kaka, Kaka kata 'ya'!

Jumaat, 16 Disember 2016

Agak mengejutkan apabila penyanyi Kaka Azraff 'dilamar' oleh Awi Rafael beberapa bulan lalu, yang mengejutkan lagi, Kaka memberikan jawapan 'ya' kepada Awi tanpa berfikir panjang menjadi pasangannya.
“Ya, Awi ada bertemu dan melamar saya beberapa bulan lepas, dan saya terus jawab “yes”! Tapi Awi bukan ajak bercinta, dia mahu saya jadi teman duetnya dalam program terbaru terbitan Astro iaitu Duo Star.

“Saya tidak teragak-agak untuk jawab ya kerana selepas meneliti format program berkenaan, ia sangat menarik dan lain daripada program realiti sedia ada.

“Lagipun saya dan Awi sudah lama kenal dan kami pernah bekerjasama, jadi tidak sukar untuk kami mencari “chemistry”,”

"Hubungan di antara kami tidak melibatkan soal hati dan perasaan dan apa yang diperkatakan sebelum ini tentang kami hanyalah salah faham.

"Apabila berkaitan dengan kerja saya seorang profesional dan tidak pandai mencampur-adukkan dengan perihal peribadi.

"Tiada putik-putik cinta dan hubungan kami hanyalah sekadar rakan biasa sahaja," kata Kaka memetik portal Astro Gempak.

Inikah kekasih Kaka Azhraf (2 gambar)

Ahad, 17 April 2016

Memetik sebuah laman sosial, ada foto yang telah diambil dimana Kaka dengan seorang jejaka. Foto berkenaan dikatakan agak mesra dan romantik. Foto itu dipercayai dirakam sewaktu Kaka bercuti ke Eropah baru-baru ini.

Kaka punca putus cinta Tasha-Hans? ini komen Kaka

Jumaat, 24 April 2015

Hubungan Tasha Shila dengan kekasihnya Hans Wong yang putus bulan lalu telah dihangatkan semula apabila Kaka Azraff dituduh oleh Tasha sebagai punca mereka putus melalui sebuah sisipan akhabar.

Tasha memberitahu yang Kaka sengaja rapat dengan Hans yang ketika itu di dalam ambang putus cinta. Kaka sengaja mesej Hans untuk keluar bersama-sama.

Kaka berasa terkilan dengan tuduhan itu dan mengakui tiada kaitan dengan episod duka itu.
"Saya tidak sangka Tasha menuduh saya sebegitu. Saya pernah berborak dengan Hans di sebuah majlis, tetapi kami borak biasa sahaja.

"Selepas itu saya tidak pernah berhubung apatah lagi mahu berbalas mesej dengan kekasih dia.

"Bagi saya tuduhan Tasha terhadap saya itu melampau dan hanya mahu mencari publisiti murahan,"

"Walaupun ia satu fitnah yang tidak boleh diterima akal, saya positifkan diri bahawa ia satu publisiti untuk menaikkan nama saya.

"Tambahan pula sekarang ini saya sibuk mempromosikan lagu Bukan Hal Aku. Dan yang penting, apabila isu ini timbul, ia memberi pengajaran besar buat diri saya agar berhati-hati memilih kawan," ujarnya.

Kaka Azraff punca Hans, Tasha Shila berpisah?

Isnin, 9 Mac 2015

Semalam Hans tampil membuat kenyataan mengenai hubungannya dengan Tasha Shila, namun kenyataannya sepertinya kabur dan tidak dijelaskan secara terperinci.

Namun khabar didengar yang penyanyi, Kaka Azraff adalah punca utama hubungan Hans dan Tasha putus. Namun Kaka mempunyai jawapannya yang tersendiri
"Persoalannya sekarang adalah kenapa Kaka dikaitkan dalam cerita ini? Apa yang boleh saya katakan, saya tidak ada kena mengena langsung dalam hal mereka.

"Saya tidak faham mengapa saya yang perlu menjawab mengenai gosip ini. Sebaliknya, mereka lebih berhak menjawab setiap persoalan kerana Tasha dan Hans lebih tahu apa yang berlaku antara mereka,"

"Saya pernah terserempak dengan mereka bersama hanya sekali di sebuah majlis. Itu saja dan kami OK saja.

"Jadi, saya tidak ada apa-apa nak cakap kerana ini adalah hal mereka dan bukan hal saya.

"Saya harap mereka dapat selesaikan masalah mereka dengan cara baik tanpa membabitkan nama orang lain," -Kaka petikan portal mStar

Kaka Azraff dianggap sebagai lembu!

Khamis, 5 Mac 2015

Kasihan Kaka Azraff yang dilabelkan pengikutnya sebagai seekor lembu disebabkan dia memakai cincin di hidung untuk satu sesi fotografi berkonsepkan Bollywood.

Buat Kaka yang memetik portal mStar, mengakui tidak kecil hati kerana pengikut itu tidak tahu apa-apa.

Kaka pakai tatu di kaki?

Sabtu, 8 November 2014

Agak memeranjatkan apabila mendapat tahu yang penyanyi Kaka Azraff memakai lakaran seakan-akan tatu yang terdapat pada kakinya dan dimuatnaik ke dalam laman sosial Instagram miliknya.

Bahkan ada yang mengecam tindakan Kaka itu kerana lambang lakaran berkenaan menyerupai sesebuah agama selain agama yang dipegang oleh Kaka sekarang.

Namun Kaka yang memetik portal mStar menafikan hal itu sebagai tatu kekal tetapi hanyalah lakaran dari inai yang tidak kekal lama dan bukan lambang dari mana-mana agama.

Zizan Razak, Emma ke Amerika Syarikat untuk....

Selasa, 7 Januari 2014

Dengarnya pasangan yang selalu intim dikenakan gosip bercinta, Zizan Razak dan Emma Maembong kini dalam percutian bersama rakan-rakan mereka yang lain di San Francisco dan Las Vegas, Amerika Syarikat.

Memang tidak dinafikan beberapa keping gambar memberikan bukti mereka berada di sana. Jom sergah!

Hadiah Iphone 5 kepada Zizan Dari Kaka Atau Emma?

Rabu, 17 April 2013

Semalam Zizan Razak telah mengumumkan yang dia telah mengenali hati seseorang. Namun ada lagi khabar berita yang memdakwa ada seseorang memberikannya hadiah berupa sebuah telefon berjenama Iphone 5 bersempena hari jadi Zizan yang ke-29.

Hal ini menjadi kantoi memetik portal MediaHiburan apabila seorang sumber menyatakan yang status BlackBerry milik Zizan tertulis ucapan terima kasih kepada seseorang yang dipanggil sayang kerana memberikan hadiah itu.
"Panggilan sayang itu ditujukan kepada orang yang saya suka. Buat masa sekarang kami masih dalam proses saling mengenali. Perkenalan kami baru juga lebih kurang tiga bulan lalu.

"Cukup untuk saya katakan, dia telah membuka hati dan mata saya untuk memandangnya bukan sahaja luaran tetapi dalaman juga. Kiranya, dia cukup istimewa buat saya." - Zizan
Manakala ada dua wanita yang dikaitkan dengan siapa kekasih Zizan ini iaitu Kaka Azraff dan juga Emma Maembong. Dan ini komen mereka mengenai adakah mereka orang yang dimaksudkan..

Kaka Azraff melalui portal Murai:
"Kalau boleh janganlah gosipkan saya dengan Zizan. Dia adalah individu yang telah banyak membantu saya mengatur langkah dalam bidang seni khususnya nyanyian. Hubungan kami kini boleh dianggap seperti abang dan adik.

"Mungkin kerana saya sering dilihat bersama Zizan kerana saya berada di bawah naungan Wire Fame, iaitu syarikat milik Zizan. Ramai yang tersalah tafsir dengan hubungan rapat kami berdua.

"Sekali lagi ingin saya nyatakan di sini, saya tidak pernah terfikir untuk menjadikan Zizan kekasih saya. Cuma, apa yang ada pada Zizan dari segi perangai ada yang menepati ciri-ciri lelaki idaman saya.

"Sifat kelakar, baik dan ikhlas itu memang antara ciri yang saya cari pada seorang lelaki,"
Ema Maembong melalui portal Utusan:
"Sekarang ini saya berada di bawah syarikat milik Zizan, Wire Fame Sdn. Bhd. bersama dengan Johan Asa’ari dan Kaka.

"Bila kita sudah berada di bawah satu bumbung, memang akan rapatlah sebab kita kerja bersama, itu sahaja," . Emma akui masih belum terpaut dengan mana-mana lelaki lagi.
 Jadi siapa kah sebenarnya wanita yang rapat dengan Zizan ni? masih menjadi misteri.. kah kah..

Zizan Razak Hiasi 2 Majalah

Khamis, 27 Disember 2012

Tuah Zizan Razak dnegan menjadi penghias muka hadapan majalah untuk dua majalah bulan ini. Bukan sahaja tuah badan, namun tuah juga digandingkan dengan wanita-wanita dalam majalah itu. Yang pertama digandingkan dengan 3 wanita selebriti anggun, di majalah Hai dan kedua di majalah FeMag dengan Kaka Azraff yang siap berpegangan tangan di kapal milik penerbangan FireFly. -gambar Facebook Zizan Fan Page