Pada:
Khamis, 11 April 2013
Memetik portal mStar semalam, Azmi menafikan dia dengan Elly sudah putus tunang. Dan menyakinkan media dengan menyatakan hubungan mereka seperti biasa dan tidak ada apa-apa 'angin kuat' dalam pertunangan mereka.
"Kami masih bersama dan tiada masalah kritikal yang berlaku dalam hubungan kami,"Yang menjadi tanda tanya majlis pernikahan mereka ditangguh dari tarikh pertunangan mereka pada 29 Mei pada 2011 sehinggalah ke hari ini. Hatta berkata ia kerana masing-masing sibuk dengan kerjaya masing-masing.
"Kami masing-masing sibuk dan Elly ada cita-cita yang perlu dia capai dan tidak mahu menghalang melainkan menyokong. Soal bila kami akan bersatu, Insya Allah doakan,"Jadi anda sudah berpuas hati dengan jawapan ini? Elly masih lagi tunangan orang ok.
Tag : Berita Artis , Elly Mazlein , Pelakon , Pengarah Filem , Pertunangan , Putus Tunang


