Serina Redzuwan Buka Farmasi

Pada: Rabu, 20 Mac 2013
Serina Redzuwan yang kini difahamkan menyepi daripada arena berlakon kecuali untuk drama Roda-roda Kuala Lumpur rupa-rupanya sedang bergiat aktif dalam bidang perniagaan, terutamanya bidang perubatan.

Serina difahamkan telah membuka sebuah kedai farmasi dibawah naugan Cosway dekat The Strand, di Kota Damansara.

"Alhamdulillah, saya baru sahaja membuka farmasi Cosway dan ia akan dilancarkan pada April depan

"Dalam perniagaan ini, saya juga diberi kursus kerana ia melibatkan jenis-jenis makanan tambahan termasuklah ubat-ubat kawalan selain barangan kegunaan harian yang lain.

"Sehingga kini ada beberapa rakan selebriti menyertainya seperti Saiful Apek, Louisa Chong dan penjaga gol bola sepak negara, Apek dan isterinya Leuniey," ujarnya.
Suami Serina, Gavin Edward O'luanaigh  (Salahudin Ghafar) turut memberi sokongan dalam kerjaya Serina disamping dua cahaya mata mereka Tristan Tareef, 3, dan Isabella Saffiya, 1 tahun.

Tag : , , , , ,