Puteri Sarah Belajar Memakai Tudung

Pada: Selasa, 12 Mac 2013
Dengar khabar pelakon Puteri Sarah Liyana kini sedang dalam proses ke arah memakai tudung penuh. Gambar yang dimuatnaik oleh Puteri baharu-baharu ini dalam laman Twitternya itu memberi banyak respon positive daripada peminatnya. Bahkan pelakon, Iqram Dinzly juga sempat memberikan komen pribadi.

Dan ini daripada komen yang dipetik melalui portal MediaHiburan semalam..

Puteri Sarah dalam slot Akasia, Soffiya.
 "Jujurnya, saya belum berhijab penuh lagi.  Gambar yang ada sekarang itu saya jadikan sebagai motivasi diri untuk berubah dan berhijrah.  Kiranya, buat masa sekarang saya bermula dengan memakai selendang dahulu dan 'step by step' memakai tudung penuh. 

"Niat untuk berubah dengan berhijab sudah lama iaitu sejak tahun lepas lagi.  Bukan apa, saya dapat rasakan kehidupan saya seperti ada yang tidak kena dan hati saya sentiasa tidak senang.  Terfikir dan tertanya-tanya apakah perkara yang kurang itu.

"Jadi, masuk tahun 2013 saya berazam untuk berubah.  Saya mula dengan cukupkan solat lima waktu dan mula memakai selendang.  Alhamdulillah, segala apa yang saya buat dipermudahkan oleh-Nya.  Malah, saya juga semakin gembira dan rasa lebih tenang.

"Memang dari dulu lagi pun ibu bapa selalu tanya dan suruh.  Tapi, saya sendiri yang tidak buat lagi.  Tapi, perubahan ini adalah atas kesedaran diri saya sendiri dan bukannya ikut kehendak orang lain atau 'trend' masa kini.  Selain cuba berhijrah dengan berhijab penuh, saya juga mula mengikut ibu pergi ceramah-ceramah agama."  -Puteri Sarah

Tag : , , , , ,