Pelakon Fazurina Nikah Kali ke-2

Pada: Selasa, 26 Mac 2013
Pelakon Dunia Anita, Siti Fazurina akui terpaksa bernikah untuk kali ke-2 kerana perkahwinan yang pertama beliau tidak sah oleh Mahkamah Syariah mengikut hukum syarak.

Pernikahan kali ke-2 itu berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Batu Gunung, Pulau Pinang pada 20 Mac lalu. Sebelum ini, Fazurina berkahwin dengan Muhammad Hykal Zulkifli di Pulau Pinang pada 20 Disember tahun lalu.

"Pihak mahkamah telah mendapati perkahwinan Fazurina sebelum ini tidak sah kerana telah memberi maklumat palsu dan perkahwinan keduanya telah berjalan dengan sempurna berwalikan adik kandung sendiri berbanding bapa saudaranya sebelum ini,

"Saya sebenarnya tidak bersetuju dia berkahwin semula dengan lelaki itu tetapi apabila memikirkan tentang soal agama dan masa depannya saya reda tetapi masih tidak merestui hubungan mereka itu.

"Tiada seorang ibu pun mahu melihat anaknya hidup dalam maksiat dan tindakan saya ini (melaporkan hal berkenaan kepada mahkamah) semata-mata mahu menegakkan kebenaran

"Ramai mengatakan saya kejam kerana cuba menghalang perkahwinan mereka apabila mendakwa pernikahan mereka tidak sah tetapi keputusan mahkamah telah membuktikan saya tidak menipu,

"Siapa yang tidak sayangkan anak tetapi jujurnya hati saya sebagai seorang ibu masih terluka. Jika ingin meminta maaf dari awal lagi mereka boleh buat begitu," ” kata ibu Fazurina, Zubaidah. -mStar

Tag : , , , , ,