Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Imuda timang anak diusia 57 tahun.. anak ke...

Selasa, 25 Julai 2017

Pelawak vateran, Imuda, 57, menimang cahaya mata apabila isterinya, Zabarina Ali selamat melahirkan anak perempuan mereka di Hospital Adventist Pulau Pinang pada jam 8.08 malam semalam.

Bayi seberat 2.8 kilogram itu dilahirkan secara normal dan lebih istimewa cucu perempuan sulung keluarga isterinya.

"Alhamdulillah pada usia begini saya masih berpeluang menimang zuriat. Ini rezeki daripada Allah SWT.

"Mungkin ada yang bertanya dan mempertikaikan usia saya. Bagi saya, tidak salah dapat anak lagi pada usia ini apatah lagi isteri saya masih 30-an,

"Bayi ini hadiah tidak ternilai buat kami semua dan mungkin juga pengganti selepas isteri dua kali keguguran.

"Malah doktor memaklumkan kandungan sebelum ini kembar" katanya.

Terdahulu, Imuda mempunyai dua anak dengan bekas isteri pertama yang kini masing-masing berusia 22 dan 16 tahun. Manakala hasil perkahwinan dengan Zabarina, pasangan ini mempunyai seorang anak lelaki berusia 7 tahun, dan ini adalah anak ke-4 Imuda secara keseluruhannya. -HarianMetro

Ika Nabila bakal berkahwin dengan businessman (gambar bakal)

Isnin, 6 Jun 2016


Pelakon drama, Ika Nabila, 27, yang mengikat tali pertunangan dengan Muhammad Zaid, 29, pada 14 Mei 2016 yang lalu mengumumkan bakal bernikah pada Julai ini.

Mengulas lanjut mengenai perkahwinan tersebut, Ika mengakui persiapan sudah pun dilakukan meskipun lokasi untuk majlis kahwin belum ditetapkan.

Siti Nurhaliza, suami bercuti di Penang (5 gambar)

Ahad, 1 Mei 2016

Marsha Londoh berpuasa penuh di Bulan Ramadan sebab..

Rabu, 1 Julai 2015

Ramadan kali ini adalah tahun keempat buat Marsha Milan Londoh, 30, berpuasa secara konsisten. Dia tetap seronok menjalani ibadah itu terutama ketika bersahur dan berbuka.

Apa yang dilakukan itu seolah-olah memberi petanda bekas bintang Akademi Fantasia musim ketiga ini bakal memeluk agama Islam. Lebih-lebih lagi dia kini menjalin hubungan dengan jejaka Melayu berusia 28 tahun berasal dari Pulau Pinang.
“Saya berpuasa sebab menghormati kawan beragama Islam. Sejak menjadi artis dan berpindah ke Kuala Lumpur, saya dikelilingi rakan beragama Islam dan itu antara faktor saya berpuasa. Jadi apa yang saya lakukan sekadar memahami, lalui dan hormati,” katanya.

Kekasih Marsha Milah adalah jejaka Islam.. soal kahwin?

Khamis, 13 November 2014


Marsha Milan Londoh mendedahkan yang dia kini sedang mengenali jejaka Melayu yang berasal dari Pulau Pinang. Namanya jejaka itu tidak disebutkan, namun cukup dengan huruf dihadapannya, S.

Marsha juga akui yang jejaka berkenaan adalah teman kekasihnya buat masa ini, dan kini berfikir untuk berkahwin dengan dirinya.

Mari kita dengar wawancara Marsha oleh wartawan Utusan mengenai hal ini.


HITS: Betul ke awak akan berkahwin tahun hadapan?

MARSHA: Tidak tahu lagi. Saya tidak pernah cakap akan kahwin tahun hadapan. Mungkin orang yang bagi maklumat itu tersilap kerana sebelum ini saya pernah meletakkan sasaran untuk berkahwin pada usia 30 tahun.

Habis, apa status awak sebenarnya?

Memang saya sedang menjalinkan hubungan dengan seseorang. Lelaki itu saya kenal tujuh tahun lepas dan kami mula bercinta sejak setahun yang lalu. Kami masih lagi dalam proses mengenali hati budi masing-masing. Kami juga tidak pernah berbincang dengan serius hala tuju hubungan ini. Semuanya kami letak atas takdir. Sama macam pasangan lain juga, kalau ada jodoh, kami akan berkahwin.

Adakah teman lelaki awak itu beragama Islam?

Ya, dia seorang Islam dan berasal dari Pulau Pinang.

Jadi awak sudah bersedia untuk memeluk agama Islam?

Kalau boleh saya tidak mahu komen tentang perkara itu buat masa sekarang. Lagi pula, soal agama kan sensitif. Biar masa yang menentukan segala-galanya.

Awak selesa dengan lelaki tersebut?

Sebenarnya, saya mahu elak untuk bercerita terlalu terbuka kepada umum tentang pilihan hati saya ini. Segala yang berlaku dalam kisah cinta saya yang lalu menjadi pengajaran paling berguna buat diri. Kalau terlalu bersikap terbuka, ia akan memakan diri sendiri. Soal keselesaan. Ya, saya selesa dengannya sebagai kekasih saya.

Boleh ceritakan lanjut setakat ini bagaimana dengan teman lelaki awak?

Kekasih saya seorang yang suka mengambil berat dan sangat memahami. Dia sentiasa memberi sokongan dan semangat terhadap apa yang saya buat. Dia juga sentiasa bersama saya kalau ada buat persembahan di mana-mana, sebab itu saya senang dengan dirinya. Semoga perasaan antara kami ini kekal.

Keluarga awak sudah tahu tentang hubungan itu?

Ibu bapa saya tahu dan mereka tidak kisah dengan pilihan buat masa sekarang.

20 gambar pernikahan Almy Nadia, Fizz Fairuz

Ahad, 27 April 2014

Almy Nadia akhirnya selamat bergelar isteri kepada Fizz Fairuz setelah 8 tahun bercinta, majlis akad nikah di Masjid Daerah Balik Pulau, Pulau Pinang pada petang Sabtu. Mas kahwin sebanyak RM1,001. Fizz turut memberikan Almy wang hantaran RM20,000.

Pasangan itu telah menjalinkan hubungan cinta selama lapan tahun. Sepanjang tempoh percintaan itu mereka pernah putus dan menjalinkan hubungan semula. Dalam pada itu, Almy turut memiliki seorang anak angkat bernama Nur Afrina Darwisya, berusia lima tahun.

Majlis resepsi pasangan itu akan berlangsung pada 30 Mei depan di Hotel Vistana, Pulau Pinang. -mStar | gambar The Permaisuris

Amyza Aznan maki hamun Pembangkang?

Khamis, 10 April 2014

Tidak dipastikan kenyataan ini keluar sendiri oleh Amyza Aznan melalui laman sosial Facebook yang dinamakan 'AMYZA AZNAN I LOVE U' atau sebaliknya oleh orang yang tidak dikenali mengawal account berkenanaan.

Memetik sebuah blog politik, ramai pihak terutama puak-puak Pembangkang yang menghentam Amyza kerana kenyataannya yang begitu diluar jangkaan.

Kalau dilihatkan, laman sosial Facebook 'AMYZA AZNAN I LOVE U' tu dah lama tak aktif sejak June 2013.

Hairi Anak Wayang sudah berkahwin

Selasa, 25 Mac 2014

Pelakon, dan juga juara program Anak Wayang 1, Hairi Safwan telah selamat bergelar suami kepada Fara Afiza Azman pada 22 Mac yang lalu dengan sekali lafaz.

Memetik portal MediaHiburan, majlis berlangsung di Masjid Abudllah Fahim, Kepala Batas, Pulau Pinang. Pihak Hairi, menyerahkan mas kahwin berupa seutas gelang tangan (RM3000) dan wang hantaran (RM5000) selain 9 dulang hantaran, manakala dibalas 11 oleh pihak wanita.

Tarikh Pernikahan Fizz Fairuz, Almy Nadia

Isnin, 24 Mac 2014

Walaupun ramai menyedari perkahwinan Fizz Fairuz dan kekasihnya, Almy Nadia pada 31 Mei nanti, namun masih tidak ramai mengetahui bila mereka akan bernikah.

Memetik laporan myMetro baru-baru ini menemui Fizz ketika Malam Cinta Allah dan Rasul di Putrajaya, meraka akan dinikahkan pada 26 April ini di kediaman keluarga Almy dekat Balik Pulau, Pulau Pinang.

Disamping itu Fizz juga memberitahu yang dia akan memberikan 9 dulang hantaran dengan berbalas 11 dari Almy, dengan wang hantaran berjumlah RM20,000.

Kita doakan agar ianya berjalan dengan lancar nanti. :)

Fizz, Almy kahwin 31 Mei

Jumaat, 14 Februari 2014

Akhirnya, tarikh sebenar pernikahan Fizz Fairuz dengan kekasihnya, Almy Nadia telah terjawab. Fizz mengesahkan yang mereka memilih 30 Mei 2014 sebagai tarikh bermakna untuk bergelar suami isteri.

Majlis berkenaan akan berlangsung di kampung halaman Almy dekat Pulau Pinang memetik sumber mStar.
"Saya akan bernikah pada 30 Mei yang jatuh pada hari Jumaat di Pulau Pinang, sementara majlis resepsi akan berlangsung pada keesokannya di Hotel Vistana, Pulau Pinang.

"Persiapan sudah dilakukan sebanyak 70 peratus dan ia akan berlangsung dalam keadaan sederhana,"

"Kami memilih tarikh 30 Mei kerana cuti sekolah dan mudah untuk saudara-mara datang ke Pulau Pinang nanti.

"Majlis resepsi di Raub Pahang akan dilakukan pada Jun, sementara majlis di Kuala Lumpur masih dalam perancangan," -Fizz

Datuk Chef Wan Masuk Hospital Sebab..

Khamis, 26 Disember 2013

Alahai kasihan pula apabila mendapat berita dimana chef terkenal Negara, Datuk Chef Wan dimasukkan ke hospital Gleneagle Pulau Pinang gara-gara gatal dan bengkak di bahagian hidung beliau baru-baru ini.

Doktor mengesahkan yang beliau dijangkiti kuman sebelum merebak ke bahagian mata lalu ke otak yang boleh menyebabkan keadaan bertambah lebih buruk sehingga boleh mengakibatkan maut. Namun nasib baik Datuk Chef Wan bertindak lebih cepat untuk tidak berada ditahap menakutkan itu.
“Saya telah ke hospital kerana tak tahan sebab tak dapat tidur selama tiga hari menahan kesakitan. Doktor kata ada bisul di bahagian hidung saya yang perlu dibuang secepat mungkin.

“Saya perlu berada di hospital buat beberapa hari kerana daripada laporan X-ray pihak doktor, jangkitan itu telah berpindah ke bahagian mata.

“Kerana jangkitan itu telah naik ke mata, doktor takut kalau ianya berjangkit ke otak,” -Chef Wan. Murai

Gambar Persandingan Fizo Omar, Mawar di Penang

Rabu, 25 Disember 2013

Ini adalah gambar yang memetik Facebook milik Fizo Omar dimana persandingannya dengan Mawar Fareeda yang berlangung baru-baru ini di Pulau Pinang.

Acara diserikan dengan peminat serta orang ramai sekitar Pulau Pinang.

Fizz Merisik Almy Minggu Ini, Kahwin Pada....

Isnin, 4 November 2013

Memetik portal Utusan semalam, Almy Nadia akan dirisik oleh Fizz Fairuz yang akan dijadualkan minggu depan, namun tidak dinyatakan hari apa.

Acara merisik itu akan diadakan di rumah Almy dekat Balik Pulau, Penang. Kemungkinan besar, acara pernikahan akan diadakan awal tahun 2014. :)

Rumah Ibu Almy Terbakar, Tiada Cuti Pulang Lihat..

Jumaat, 5 Julai 2013

Dikhabarkan yang rumah pelakon keluarga Almy Nadia terbakar beberapa minggu yang lalu yakni pada 16 Jun 2013 di Kampung Pondok Upih, Balik Pulau, Pulau Pinang. Ketika kejadian Almy tidak berada dirumah kerana berada di set lokasi pengambaraan dan tidak dibenarkan untuk pulang kerana terikat dengan produksi. Yang ada ketika itu adalah ibunya.

Ibunya ketika selepas kejadian kebarakan itu telah ditimpa musibah kerana jatuh di bilik air dan mengakibatkan dirinya patah tulang rusuk kanan. Yang menjadi bualan sekarang ntah kenapa pihak produksi tidak membenarkan Almy untuk pulang menjenuk ibunya dan rumah yang terbakar itu.
“Tuhan sahaja yang tahu bagaimana perasaan saya sekarang, fikiran saya hanya mengingatkan kampung halaman dan ibu yang sedang sakit.

“Saya memang minta cuti untuk balik sekejap sejak rumah saya terbakar minggu lalu tapi sehingga sekarang saya tidak dibenarkan cuti dengan alasan akan mengganggu jadual artis lain,

“Alhamdulillah walaupun kebakaran agak teruk tetapi tiada siapa yang tercedera dan bomba dapat mengawal api sebelum merebak ke bahagian atas.

“Saya difahamkan ia berlaku apabila sebuah radio lama meletup secara tiba-tiba walaupun tiada sebarang aliran elektrik kepada radio tersebut.

“Belum sempat saya balik menjenguk keluarga, saya diberitahu ibu pula jatuh bilik air, bayangkan bagaimana perasaan saya ketika ini,

“Kami baru sebulan mulakan bisnes karipap sejuk beku yang dibuat sendiri namun selepas rumah terbakar ia dihentikan sementara, ditambah pula ibu sekarang dalam keadaan tidak sihat.

“Insya-Allah kalau rumah sudah siap dibaiki dan ibu sihat, perniagaan itu akan disambung semula kerana permintaan setakat ini menggalakkan,” -Almy Nadia. SinarHarian

Lagi Gambar Memey, Norman, Abby Bercuti

Jumaat, 7 Jun 2013

Ini adalah sambungan cuti diantara Memey Suhaiza dengan suaminya, Norman Hakim serta janda kepada Norman, Abby Abadi. Kali ini mereka pergi bermandi-manda, yang si kecil anak kepada Memey dan Norman juga dah boleh join mandi bersama-sama.

Siapa yang belum lihat lagi cuti mereka yang sebelum ini, boleh lah semak di SINI. Dan ini juga ada petikan dari Abby Abadi melalui laman Twitter miliknya. Sweet sungguh kata-katanya.
[ @ ] abby_abadi Pelem dalam mimpi lagi.. 'Tercipta Untukku ' "Dirikanlah kasih sayang kerana ALLAH, niatkan dlm hati kerana ingin menegakkan kalimah ALLAH &meninggikan asma' ALLAH. Memberi itu lebih baik dari menerima.... Andai banyak memberi maka ALLAH seribu langkah menghampiri, memberikan kasih & sayangNYA pada kita... Semaikan Kasih Sayang dlm hubungan kalian sebelum esok tiada lagi dalam diari perjalanan hidupmu..



Gambar Memey, Norman, Abby Bersiar-siar

Khamis, 6 Jun 2013


Ini adalah gambar terkini daripada pasangan selebriti Memey Suhaiza dan Norman Hakim. Gambar yang menampakkan mereka pergi bercuti aka bersiar-siar kot dengan anak-anak yang dibawa bersama, anak-anak daripada perkahwinan dengan Abby Abadi.

Tidak ketinggalan Abby sendiri juga turut serta bersama-sama dengan mereka pergi bersiar-siar. Tempatnya seperti di Penang, betul ke. Maaflah kalau silap teka. Hehe. Kan bagus kalau Abby tu jadi isteri semula kepada Norman. Bahagia dunia akhirat berbini dua. :)





Pelakon Fazurina Nikah Kali ke-2

Selasa, 26 Mac 2013

Pelakon Dunia Anita, Siti Fazurina akui terpaksa bernikah untuk kali ke-2 kerana perkahwinan yang pertama beliau tidak sah oleh Mahkamah Syariah mengikut hukum syarak.

Pernikahan kali ke-2 itu berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Batu Gunung, Pulau Pinang pada 20 Mac lalu. Sebelum ini, Fazurina berkahwin dengan Muhammad Hykal Zulkifli di Pulau Pinang pada 20 Disember tahun lalu.

"Pihak mahkamah telah mendapati perkahwinan Fazurina sebelum ini tidak sah kerana telah memberi maklumat palsu dan perkahwinan keduanya telah berjalan dengan sempurna berwalikan adik kandung sendiri berbanding bapa saudaranya sebelum ini,

"Saya sebenarnya tidak bersetuju dia berkahwin semula dengan lelaki itu tetapi apabila memikirkan tentang soal agama dan masa depannya saya reda tetapi masih tidak merestui hubungan mereka itu.

"Tiada seorang ibu pun mahu melihat anaknya hidup dalam maksiat dan tindakan saya ini (melaporkan hal berkenaan kepada mahkamah) semata-mata mahu menegakkan kebenaran

"Ramai mengatakan saya kejam kerana cuba menghalang perkahwinan mereka apabila mendakwa pernikahan mereka tidak sah tetapi keputusan mahkamah telah membuktikan saya tidak menipu,

"Siapa yang tidak sayangkan anak tetapi jujurnya hati saya sebagai seorang ibu masih terluka. Jika ingin meminta maaf dari awal lagi mereka boleh buat begitu," ” kata ibu Fazurina, Zubaidah. -mStar

Awie Ketuai Kempen Anti-Maksiat.. Tapi..

Khamis, 14 Februari 2013

Adui si Awie ni makin pelik pulak jadinya. Baru-baru ni dikhabarkan melalui satu portal akhbar online yang mengatakan dia menjadi ketua pembenteras maksiat. Wah rasanya satu tugas yang mulia.


Tugas itu akan dijalankan di Pulau Pinang. Memang takde yang pelik kan. Tapi sesiapa yang sudah terbaca artikel sebelum ni, Awie dah nak buka 3 lagi Night Club di Perak rasanya akan merasa pelik dengan tindakan Awie ni nanti.

Mungkin di Perak dah takde maksiat segala judi tu kot. kah kah. Ada ke semua ini poyo?

http://izyan.com/2013/01/awie-buka-3-lagi-kelab-malam.html

Siti Fazurina Kahwin Lari?

Jumaat, 21 Disember 2012

Pelakon Dunia Anita dan Trilogi Cinta, Siti Fazurina dikhabarkan semalam memetik portal mStar telah berkahwin dengan seorang jejaka, yang bernama Haikal secara lari di Masjid Jamek Sungai Pinang jam 3.30 petang semalam, Khamis di walikan bapa saudaranya.

Berita ini dikatakan merupakan sumber yang boleh dipercayai melalui SMS yakni saksi ketika majlis akad nikah ketika itu, sehinggakan keluarga Siti tidak tahu menahu dalam hal ini.
"Fazurina langsung tidak memaklumkan mengenai perkahwinan tersebut kepada keluarganya malah telah menghilangkan diri selama sebulan tanpa khabar berita.

"Kami sangat terkejut dan kecewa dengan tindakannya yang membelakangkan keluarga terutama ibunya,

"Jika benar mereka ingin berkahwin mengapa tidak berjumpa dengan ibunya untuk meminta restu.

"Ibunya sangat kecewa dengan tindakan Fazurina bernikah tanpa berbincang dengannya terlebih dahulu. Malah pihak kami tidak mengenali dan berjumpa keluarga pihak lelaki" - kata pihak keluarga Fazurina

Suki OIAM Kahwin 12.12.12

Khamis, 6 Disember 2012

gambar malaysiandigest.com
Penyanyi kelahiran program Realiti, One In A Million (OIAM), Suki Low yang mencari rezeki di Taiwan dan Hong Kong bakal berkahwin dengan Jeremy Chong, seorang ahli perniagaan dan eksekutif muzik yang berasal dari Pulau Pinang pada tarikh 12.12.12 (12 Disember 2012) sehari sebelum harijadinya yang ke-23.
"Saya akan mendirikan rumah tangga pada tanggal 12 Disember ini, iaitu sehari selepas sambutan hari lahir saya.

"Jejaka yang sudah saya kenali selama empat tahun, Jeremy Chong bakal memikul tanggungjawab sebagai suami saya,

"Saya sudah lama dengan Jeremy malah sehingga ke mana-mana juga saya akan ditemani dia. Adalah lebih baik sebenarnya kami mempunyai ikatan yang sah kerana pada masa yang sama keluarga saya juga lebih lega untuk melepaskan saya dengan suami sendiri.

"Jika dibandingkan umur mungkin saya muda namun setelah enam tahun bergelar anak seni ada sisi kematangan dalam diri saya yang membezakan saya dengan mereka di luar sana," katanya.-sumber