Pada:
Isnin, 11 Mac 2013
Namun baru-baru ini, Erra Fazira dan Awie bertemu kembali menerusi program Tunggu Sekejap di TV3 dan Erra sebagai tamu undangan, manakala Awie sebagai host rancangan berkenaan.
Sebelum itu, Awie mendapat tahu Erra sebagai tamu undangan, lantas dia memberitahu atau meminta izin kepada isterinya, memetik daripada portal mStar baru-baru ini.
"Sebenarnya isteri saya tidak mempunyai masalah tentang gandingan ini. Apa yang telah berlaku dahulu sudah menjadi sejarah dan sekarang kami mempunyai kehidupan keluarga masing-masing.
"Dia (isteri) juga sangat sporting. Malah dia merupakan peminat Erra dalam program bual bicara Primadona (Astro)," -Awie
Tag : Awie , Berita Artis , Erra Fazira , Program Realiti , Putus Tunang , Rancangan TV , TV3



