Pada:
Rabu, 13 Mac 2013
Syukur Alhamdulillah lah kalau sudah seperti itu, makin ramai artis kita sudah berubah kepada arah kebaikkan, satu persatu mula menutup aurat. Dan telah menampakkan industri seni tanah air kita semakin dekat dengan konsep dakwah.
“Sebenarnya niat berhijrah ini dah lama, tapi lebih menguatkan lagi adalah masa arwah mak saya tengah sakit tenat. Masa itu terdetik nak berubah sebab saya rasa kita perlu cari ketenangan dalam hidup ini.
“Ini baru hijrah kecil sahaja, maksudnya saya baru belajar berubah dari segi penampilan. Kalau nak berhijrah ini, sikap pun kita kena ubah sekali, oleh itu orang paling dekat dan sering memberikan nasihat adalah ayah saya sendiri.
“Kalau nak dikira, hijrah ini bukanlah suatu perkara besar untuk diraikan, lagipun saya pun masih lagi belajar," Haleeda.
Tag : Gambar Artis , Haleeda , Islam , Penyanyi , Tudung


