Bob Lokman Akui Diri Menjadi Alat Pancing Undi

Pada: Khamis, 28 Mac 2013
Bekas pelakond dan pelawak, Bob Lokman yang juga aktivis parti politik PAS mengakui dirinya menjadi pemancing kehadiran orang ramai. Ini berlaku apabila dia berada di atas pentas untuk berceramah.

Orang ramai akan hadir beramai-ramai hanya untuk melihat Bob berceramah, namun para penceramah daripada parti PAS sendiri mereka enggan mendengarnya lalu pulang.

Mungkin agak bingung sedikit Bob yang memikirkan apakah perubahannya untuk politik sebagai populariti atau penghijrahan agama pada dirinya.
“"Apabila saya pergi ceramah orang ramai tertunggu-tunggu bila Bob (Lokman) hendak bercakap, masing-masing penceramah akan bercakap dahulu memberi maklumat dan hasrat parti.

“Saya menjadi penceramah terakhir untuk memancing orang ramai yang datang untuk terus mendengar ceramah, kalau saya yang dahulu bercakap sudah pasti penceramah-penceramah yang lain tiada siapa nak dengar kerana orang sudah balik," -Bob. Utusan

Tag : , , , ,