Adik Remy Ishak ke Lahad Datu

Pada: Rabu, 6 Mac 2013
Dikhabarkan adik kepada pelakon Remy Ishak bernama Mohammad Fairul Azmi Ishak (Lans Koperal) kini telah dalam misi ditugaskan menjaga keselamatan dari pencerobohan Sulu.

Dalam portal mStar semalam, difahamkan Fairul merupakan seorang anggota tentera Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di Seremban, Negeri Sembilan.
“Saya sempat bertemu dengan adik saya di Lapangan Terbang Subang pada Isnin lalu dan memberi kata-kata semangat kepadanya dan juga rakan-rakannya yang lain yang terlibat dalam misi ini,

“Saya susah nak cakap perasaan saya sekarang, sebagai abang sudah tentu saya rasa sangat bimbang tapi tanggungjawab dia sebagai tentera lebih utama untuk negara.

"Saya menyerahkan segala-galanya kepada Allah dan berharap dia dan semua yang berada di sana selamat,"-Remy
ehsan portal Murai


Tag : , , , , , ,