Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Gambar Johan Asari bersama anjing..

Isnin, 21 Julai 2014

Agak sukar untuk menerima individu muslim sudah berjinak-jinak dengan haiwan seperti anjing, apatah lagi untuk berlakon. Memang tidak dinafikan banyak isu-isu yang timbul sebelum ini apabila seseorang/selebriti memelihara anjing.

Perdebatan juga telah dilakukan dan ramai pihak dengan pandangan yang berbeza-beza.

Baru-baru ini, Johan Asari telah membuat satu kontroversi di laman sosial miliknya. Ianya menjadi kontroversi apabila dia memuatnaik sekeping gambar bersama seekor anjing dengan berpakaian ala askar.

Difahamkan ianya adalah adegan babak untuk filem Kanang Anak Langkau. Namun adegan ini telah menjadi isu hangat di ruangan komen dari peminatnya.

Cuba tukar ke haiwan monyet ke, kan menarik tu. keke.


Baju Zizan Razak di Meletop Dapat Kecaman!

Selasa, 11 Februari 2014

klik untuk besarkan..

Masa malam anugerah Meletop Era hujung minggu lalu, ramai selebriti berpakaian dan berfesyen menarik. Dan tidak ketinggalan Zizan Razak.

Namun fesyen yang digunakan oleh Zizan ala tentera regimen Melayu itu telah mendapat reaksi yang kurang senang oleh sebilangan ahli ATM.

Mereka merasakan pingat yang menjadi idaman mereka sudah boleh dibuat 'main-main' sebagai fesyen baju.

Kes seperti ini juga pernah berlaku kepada Farid Kamil apabila waktu dia memakai pakaian tentera ketika majlis resepsinya.

Gambar Finaz Yunus Dengan Askar

Khamis, 18 Julai 2013

Finas Yunus ni memang selalu anda lihat jika buka TV al Hijrah, pastinya dia akan selalu bertugas di bahagian berita atau pembaca berita. Namun tidak disangka, dia juga ada aktiviti luar. Siap dengan abang-abang askar kita tu. Wah tercabar iman abang askar kita melihat kecantikan dan keayuan Finas Yunus. Apa-apa pun selamat bertugas yer abang-abang askar di bulan Ramadan ini. Finaz Yunus dah kahwin pun juga. Hehe.

Adik Remy Ishak ke Lahad Datu

Rabu, 6 Mac 2013

Dikhabarkan adik kepada pelakon Remy Ishak bernama Mohammad Fairul Azmi Ishak (Lans Koperal) kini telah dalam misi ditugaskan menjaga keselamatan dari pencerobohan Sulu.

Dalam portal mStar semalam, difahamkan Fairul merupakan seorang anggota tentera Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di Seremban, Negeri Sembilan.
“Saya sempat bertemu dengan adik saya di Lapangan Terbang Subang pada Isnin lalu dan memberi kata-kata semangat kepadanya dan juga rakan-rakannya yang lain yang terlibat dalam misi ini,

“Saya susah nak cakap perasaan saya sekarang, sebagai abang sudah tentu saya rasa sangat bimbang tapi tanggungjawab dia sebagai tentera lebih utama untuk negara.

"Saya menyerahkan segala-galanya kepada Allah dan berharap dia dan semua yang berada di sana selamat,"-Remy
ehsan portal Murai


Gambar & Video Dato Siti Nurhaliza Latihan Tentera

Isnin, 13 Februari 2012

Wah ada juga latihan kententeraaan yang dijalankan oleh Dato' Siti Nurhaliza baru-baru ni. Pada 9 Feb yang lalu berlangsungkan latkan menembak di Kem Perdana Sg. Besi yang rata-rata latihan telah diplopori oleh Plantun Askar Wataniah. Paling jadi perhatian Dato' Siti la. Siap main senjata M16 lagi tu. Cayalah Dato' Siti.


Dato' Siti Nurhaliza, Lisa Surihani di Wataniah

Selasa, 5 Julai 2011

Gambar dibawah ni adalah sesi latihan pertama Platun Seni Askar Wataniah yang diadakan di Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Dengan dihadiri oleh 22 artis tempatan, keadaan latihan hari pertama itu, kelmarin memang agak meriah dan ceria. Kelibat Dato' Siti Nurhaliza dan Lisa Surihani sudah semestinya menjadi tumpuan ramai. Dalam 22 artis ni, ada yang terpilih untuk ke Lubnan awal bulan puasa nanti untuk menjadi pasukan pengamanan di negara berkenaan. :)