Shila Amzah Mahu Pergi Umrah

Pada: Rabu, 27 Februari 2013
Difahamkan yang penyanyi Shila Amzah yang juga bekas kekasih Sharnaaz kini bakal menunaikan ibadah umrah pada bulan Mac nanti. Kepermegian Shila juga turut diserai oleh bersama-sama ahli keluarganya.

Isu Sharnaaz atau putus cinta itu bukan menjadi persoalan lagi bagi Shila, Shila menganggap itu semua adalah takdir dan sebagai seorang umat Islam perlulah tabah menghadapi dugaan.

Dan menganggap perkara yang lalu tidak perlu diungkit kembali, biarla ianya menjadi kenangan antara Shila dan Sharnaaz serta mereka yang selalu mengambil perhatian mengenai hal ini.

Dan ini adalah petikan Shila yang diambil melalui portal Murai.
 "Mengenai hal yang telah berlalu biarlah ia berlalu kerana bagi Shila ia sudah pun tertulis sedemikian rupa. Kini Shila menjalani kehidupan seperti biasa dan hanya mahu fokus kepada kerjaya seni sahaja.

"Shila serta adik beradik yang lain telah diajar daripada kecil supaya sentiasa ingat dan percaya kepada Qada dan Qadar. Ajal, maut jodoh serta pertemuan adalah milik Allah SWT dan kita hanya mampu merancang selebihnya adalah urusan DIA di atas sana,

"Memang Shila sudah lama merancang dengan kedua ibu bapa mengenai rencana mahu ke tanah suci bagi mengerjakan umrah. Ia telah dibuat sejak tahun lalu lagi. Akhirnya ia terlaksana jua pada tahun ini.

"Shila sangat teruja dan seronok apabila menjadi antara kalangan tetamu Allah dan ini merupakan kunjungan pertama Shila ke sana. " -Shila

Tag : , , , , , , ,