Pada:
Ahad, 17 Februari 2013
Memang kalau lihat model kereta ni adalah diantara kereta terpantas di dunia dan setanding dengan supercar yang berada sama dengan kelasnya tersendiri. Yang pasti gambar dibawah ini adalah dikediaman Rosyam dengan melihat Lotus Neo R3 First Edition yang dibelinya dahulu.
Takpe lah kan dah rezeki dan ada duit, nak beli apa pun beli lah, asalkan tak papa kedana kerana nak beli sesuatu benda. Tapi satu je lah tak boleh jual beli, pahala dan dosa. hehe. -gambar forum CariGold
updates petikan kosmo! Rosyam, 46, ketika dihubungi memberitahu, kereta yang dibina dengan menggunakan teknologi Formula 1 itu sebenarnya dipinjam daripada seorang rakan untuk sebuah drama lakonannya yang bakal ditayangkan di stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM) tidak lama lagi.
"Sumpah kereta itu bukan milik saya. Ia berharga lebih RM3 juta, mana mungkin saya mampu membelinya,"
Menurut beliau, meskipun syarikat penerbitan miliknya, Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd. telah banyak menerbitkan drama dan filem tempatan, namun dia menyifatkan kejayaan tersebut belum cukup untuk membolehkan dirinya membeli super car seperti itu.
"Saya bersyukur atas segala rezeki yang telah dikurniakan kepada saya melalui pengiktirafan serta kejayaan yang diperoleh melalui Suhan Movies, namun belum tiba memiliki kereta tersebut."
Tag : Gambar Artis , Kereta , Lotus , McLaren , Pelakon , Pengarah Filem , Rosyam Nor , Satria Neo





