Kuswadinata Meninggal Dunia

Pada: Ahad, 17 Februari 2013
Semalam kita kehilangan lagi permata selebriti tanah air yang bernama Kuswadinata yang banyak berlakon dalam babak vateran dan tidak lupa waktu kegemilangannya untuk filem Ibu Mertuaku, Seniman Bujang Lapok (Abang Kus) dan Antara Dua Darjat.

Dilaporkan melalui akhbar Bharian semalam, Kuswadinata meninggal dunia pada usia 75 tahun jam 5 petang 16 Februari 2013 di Hospotal Ampang. Arwah meninggal dunia kerana menghidap penyakit pendarahan usus kecil dan kaser kelenjar selain daripada prostat dan buah pinggang yang kritikal.

Jenazah akan dibawa pulang ke rumahnya di Taman Rasmi Jaya, Ampang, Selangor. Al Fatihah semoga rohnya dicucuri rahmat dan salam takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga arwah.

Tag : , , , ,