Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Kuswadinata Meninggal Dunia

Ahad, 17 Februari 2013

Semalam kita kehilangan lagi permata selebriti tanah air yang bernama Kuswadinata yang banyak berlakon dalam babak vateran dan tidak lupa waktu kegemilangannya untuk filem Ibu Mertuaku, Seniman Bujang Lapok (Abang Kus) dan Antara Dua Darjat.

Dilaporkan melalui akhbar Bharian semalam, Kuswadinata meninggal dunia pada usia 75 tahun jam 5 petang 16 Februari 2013 di Hospotal Ampang. Arwah meninggal dunia kerana menghidap penyakit pendarahan usus kecil dan kaser kelenjar selain daripada prostat dan buah pinggang yang kritikal.

Jenazah akan dibawa pulang ke rumahnya di Taman Rasmi Jaya, Ampang, Selangor. Al Fatihah semoga rohnya dicucuri rahmat dan salam takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga arwah.

Tiada Harapan Untuk Hidup, Kuswadinata Mohon Doa Anda!

Rabu, 17 Oktober 2012

Pelakon veteran Kuswadinata (Kuswadi Bujang, 74) dilaporkan melalui portal mStar semalam berada dalam keadaan tenat di Hospital Ampang semenjak 7 Oktober lalu akibat menghidap penyakit pendarahan usus kecil dan kanser kelenjar sejak beberapa tahun lalu.

Kuswadinata semakin kritikal apabila doktor mengesahkan pendarahan pada ususnya merebak dan jantung pelakon itu akan berhenti pada bila-bila masa sahaja.

Doktor sudah menjelaskan pada kepada keluarga Kus bahawa beliau tiada harapan untuk hidup, walaupun daripada segi luarannya Kus nampak sihat.

Selain pendarahan usus, Kuswadinata turut mengalami penyakit prostat dan masalah buah pinggang yang teruk sehingga sukar untuk beliau buang air kecil secara normal.

Kita hanya mampu berdoa yang terbaik untuk pelakon vateran ini yang telah memberikan sinar untuk filem-filem di era kegemilanganya yang cukup gah dengan keberanian dan kegagahan beliau.