Pada:
Selasa, 19 Februari 2013
Malah kalau boleh dia nak umumkan disidang khas media tidak lama lagi mengenai hubungannya dengan Azmi samada mereka putus tunang atau bakal mendirikan rumahtangga pada tahun ini.
Dikatakan rancangan ijab kabul itu dijadualkan pada bulan Februari 2012 yang lalu dan ditunda kepada Disember 2012 namun sehingga sekarang tiada khabar berita.
“Siapa yang tidak ingin bahagia. Malah kalau boleh, saya nak kongsi dengan semua orang perkembangan hari bersejarah itu nanti macam pertunangan tempoh hari. Cuma untuk terlampau terbuka memperinci segala-galanya bukan sekarang.
“Lagipun saya mahu berlaku adil kepada semua rakan media yang bersama jatuh dan bangun saya dalam arena seni. Andai masanya tiba, saya pasti merungkai segala persoalan,”
“Terpulanglah kepada orang untuk membuat spekulasi sama ada ia berakhir di jinjang pelamin atau sebaliknya... Hal itu bagi saya bukan suatu perkara memalukan,” -Elly
Tag : Elly Mazlein , Gossip Artis , Pelakon , Pengarah Filem , Penyanyi , Perkahwinan Artis , Putus Tunang


