RM50k milik Lisa Surihani Lesap

Pada: Selasa, 15 Januari 2013
Menurut portal Utusan semalam, Lisa Surihani kehilangan wang sejumlah RM50,000 dalam bank simpanan miliknya. Dikhabarkan wang berkenaan tiba-tiba lesap tanpa tidak diketahui bagaimana ianya boleh terjadi.

Lisa tanpa berfikir panjang telah pun membuat laporan kejadian ini di Balai Polis Bangi hari Jumaat lalu. Dengan bantuan pihak tertentu, duit Lisa berjaya kembali di perolehi semula. Caranya? kata Lisa tunggu sahaja laporan dari polis, baru dia akan hebahkan.
“"Saya pelik kerana tidak boleh mengeluarkan wang melalui mesin juruwang automatik (ATM) seperti biasa. Kemudian saya terus ke kaunter dan menyedari bahawa sejumlah besar wang dalam akaun itu telah pun lesap," katanya  

Tag : , , , , ,