Nazmi Mohon Maaf Isu Zafuan Dengan Tengku

Pada: Selasa, 29 Januari 2013
Isu menjalinkan hubungan sulit dengan bekas kekasih yang telah berlaku yang didakwa oleh pemain bola sepak SC Beira-Mar Portugal, Mohd. Nazmi Faiz Mansor keatas pemain bola sepak Johor DT, Aidil Zafuan adalah tidak benar.

Zafuan dituduh menjalinkan hubungan dengan Tengku Fiella gadis kelahiran Kelantan menerusi laman sosial Nazmi beberapa hari yang lalu. Tambahan lagi, Zafuan memberikan wang RM1000 kepada Tengku untuk berbelanja. Yang lebih parah lagi, Zafuan dan Tengku didakwa tinggal bersama-sama.

Namun semua itu hanyalah poyo belaka, Nazmi sudah memohon maaf diatas pertuduhannya semua itu dan menganggap semua ini selesai dengan memadam semua  post yang berkaitan di laman sosialnya.

Dan ini komen Zafuan memetik portal mStar semalam..
“Masalah saya dengan Rita masih belum selesai, timbul pula hal baru yang tidak benar. Saya tidak menjalinkan hubungan dengan mana-mana wanita dan saya minta Mohd Nazmi memohon maaf dengan tuduhannya itu,

"Nazmi menjelaskan bahawa dia tidak fikir panjang apabila mendapat tahu kononnya saya mempunyai hubungan dengan bekas kekasihnya selain tidak memikirkan kesan daripada tindakannya memuat naik status tidak benar itu.

“Dia sudah memohon maaf daripada saya dan sebagai orang yang lebih tua daripadanya, saya memaafkan dia walaupun yang nampak buruknya akan terkena pada saya. Maklumlah (dia) darah muda.

"Cuma saya mahu dia bersihkan nama saya. Lagipun kami tidak bermusuhan pun," -Zafuan

Tag : , , , , ,