Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Aiman Tino dedah kenapa dia gagal di AJL 31

Rabu, 25 Januari 2017

Walaupun terkenal di laman sosial Youtube, namun lagu Aiman Tino di AJL ke-31 hujung minggu lalu tidak dapat menyayingi rakan artis yang dah lama dalam industri muzik.

Aiman memberitahu yang faktor gugup sebagai punca kegagalannya menampilkan persembahan terbaik pada malam itu. Akibat persembahan kurang meyakinkan semalam menyebabkan Aiman teruk dikecam netizen di Facebook.

Aiman berkata, dia terlalu fokus pada lirik sehingga membuatkan penghayatannya ketika menyanyi tidak mendalam.

"Kalau dalam persembahan biasa, saya akan menyanyi ikut lirik asal, tapi untuk AJL, saya ikut saranan juri agar tukar liriknya.

"Pertukaran lirik ini hanya dibuat tiga hari menjelang AJL dan saya amat berhati-hati ketika menyanyi untuk mengelakkan kesalahan sehingga menjejaskan persembahan secara keseluruhan.

"Tak dinafikan agak susah untuk tukar lirik dan memang tiada ayat yang sama dengan lirik asal. Lagipun orang dah terima lirik asal dan apabila ditukar menimbulkan kehairanan kepada mereka yang tak tahu perkara sebenar,

"Memang perasaan ini akan ada pada setiap peserta yang bertanding. Cuma perasaannya lebih dirasai oleh saya sebagai artis baru berbanding mereka yang dah berpengalaman.

"Saya belum pandai menyesuaikan diri untuk beraksi di sebuah pentas besar di hadapan ramai penonton.

"Apapun saya tak kecewa dan anggap ini satu pencapaian membanggakan terhadap karier yang baru nak bermula," katanya memetik HarianMetro.

Sekitar malam Red Carpet AJL 31 (20 gambar)

Sekitar malam AJL ke-31 (35 gambar HD)

Selasa, 24 Januari 2017

Kredit Foto : Instagram TV3 Malaysia / Hot FM / Tonton MY

Senarai penuh pemenang AJL31

Isnin, 23 Januari 2017

Semalam telah berlangsungnya Anugerah Juara Lagu ke-31 (AJL31) yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dengan beberapa kejutan pemenang.

Juara
judul : Lelaki Teragung
ciptaan : Iman Imran dan Natasyah
nyanyian : Dayang Nurfaizah
hadiah : wang tunai sebanyak RM50,000, baucer produk CJ Wow Shop bernilai RM10,000, sebuah telefon pintar Samsung Galaxy A berserta trofi.

Naib juara
judul: Terimaku Seadanya
ciptaan : Ajai
nyanyian : Hafiz dan Misha Omar.
hadiah : wang tunai RM35,000 berserta trofi.

ke-tiga
judul : Sudah Ku Tahu
ciptaan : Razif daripada kumpulan Projector Band
nyanyian : Razif daripada kumpulan Projector Band
hadiah : wang tunai berjumlah RM20,000.

Persembahan Terbaik
kumpulan Khalifah (Hang Pi Mana)
hadiah : wang tunai RM12,000, sebuah telefon pintar Samsung Galaxy A berserta trofi.

Vokal Terbaik
Dayang Nurfaizah (Lelaki Teragung)
hadiah : wang tunai sebanyak RM12,000.

Kesemua persembahan pada malam itu diadili seramai 10 barisan juri profesional dan diketuai oleh komposer terkenal Azmeer. -mStarOnline

Kekasih Wak Doyok? (6 gambar)

Isnin, 26 Januari 2015


Pereka fesyen terkenal, Wak Doyok telah dilihat menghadiri sebuah majlis berprestij malam semalam iaitu Anugerah Juara Lagu ke-29. Lebih menarik, Wak Doyok telah ditemani oleh seorang wanita cantik yang dipercayai teman wanitanya ke majlis berkenaan.

Senarai penuh keputusan AJL 29

Isnin, 19 Januari 2015


Panas! Akim ambil dadah ketika menyanyi?

Rabu, 3 Disember 2014

Agak mengejukan apabila lagu Mewangi yang di nyanyikan Akim pada Separuh Akhir Muzik Muzik lalu dicemari dengan penggunaan dadah.

Akim dituduh menggunakan dadah terlarang untuk membangkitkan kekuatan nyanyian di atas pentas. Sudah jatuh ditimpa tangga lagu berkenana tidak layak untuk ke Anugerah Juara Lagu ke-29.

Pengurus Akim, Adlan yang memetik portal GUA, menafikan sekeras-kerasnya penggunaan dadah di dalam pembawaaan lagu Mewangi.

Gambar Sekitar Red Carpet AJL 28

Selasa, 28 Januari 2014

Ini adalah sebilangan besar gambar red carpet AJL ke-28 yang berlangsung Ahad lalu. Penuh gaya fesyen dan warna warni ditonjolkan oleh selebriti tempatan kita. Apa-apa pon jom lihat.Gambar Rotikaya, Budiey, SelebritiOnline dan portal Anugerah Juara Lagu.

Tahniah Hafiz - Juara AJL 28!

Isnin, 27 Januari 2014

Tahniah kepada Hafiz AF yang memenangi johan untuk Anugerah Juara Lagu ke-28 semalam yang diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil semalam.

Lagu nyanyian Hafiz iaitu Bahagiamu Deritaku komposer oleh LY dan Baiduri telah dinobatkan juara dengan mengalahkan 11 lagu hebat lainnya dan sekaligus mengondol wang tunai RM35,000 berserta tropi.

Naib juara yang juga lagu kegilaan ramai, Hanya Aku - Hyper Act telah dinobatkan sebagai naib johan dengan membawa pulang wang tunai RM15,000 dan tropi.

Tempat ketiga, Kalau Aku Kaya - Awi Rafael ft Altimet telah membawa pulang wang tunai RM12,000 dan trofi. Selain daripada itu bagi anugerah Vokal Terbaik diberikan kepada Jaclyn Victor - Ikut Rentakku (RM10,000 dan trofi) dan anugerah persembahan terbaik dari Hafiz - Bahagiamu Deritaku (RM10,000 dan trofi)

Majlis berkenaan diadili oleh juri berpengalaman aka otai dalam dunia muzik iaitu Acis, Ajai, Habsah Hassan, Aubrey Suwito, Ad Samad dan Helen Yap, Taja, Cat Farish dan Edrie Hashim. -mStar

Isu Uji Rashid Selesai - Yuna

Isnin, 21 Januari 2013

AJL 27 yang lalu yang menampilkan Aizat sebagai penganti Yuna untuk lagu Terukir di Bintang yang sekaligus dinobatkan sebagai juara merupakan satu kontroversi yang tersirat di dalamnya.

Sebenarnya isu itu bermula menurut sumber portal GUA apabila Uji Rashid dijadikan penganti Yuna namun pemilihan Yuna memilih Uji Rashid itu hanyalah pemilihan idea sahaja dan menyerahkan kepada pakar untuk memutuskan keputusannya.

Pihak pengurusan Yuna telah pun menyatakan segalanya di rancangan Melodi semalam (siapa tengok untunglah) dengan tidak mahu memanjangkan lagi isu ini dan memohon maaf kepada Uji Rashid jika beliau berasa tersinggung.

Dan ini komen Yuna untuk 4 hari berada di Malaysia meraihkan majlis kesyukuran di rumah Aizat semalam.
“Semua pihak telah beri kenyataan. Saya berpegang pada kenyataan yang telah dikeluarkan oleh pengurus saya, Wawa, dalam Melodi,

“Sebagai manusia biasa, kita hanya merancang dan tuhan yang menentukan. Saya tiada kuasa untuk mengawal perkara ini daripada tidak terjadi,

“Saya suka suara Kak Uji yang klasik. Tapi pihak produksi lebih arif untuk menentukan apa yang terbaik untuk semua pihak,” -Yuna.

Gambar Aizat Sekitar AJL 27

Rabu, 9 Januari 2013

Anugerah Juara Lagu ke-27 yang menampilkan Aizat sebagai pemenang dengan mewakili Yuna dengan lagunya, Terukir Di Bintang telah menjuarai edisi kali ini.

Lagu kemenangan yang dikatakan kontroversi itu oleh sesetengah pihak telah dinafikan oleh juri tetap akhir pertandingan itu.

Dan penampilan Aizat sememagnya adalah satu persembahan yang begitu berbeza, dan tidak dinafikan kumisnya menjadikan ramai wanita diluar sana jatuh hati bila melihatnya.

Sempat juga Aizat berkongsi gambarnya itu ke dalam sosial Instagram miliknya..

____
bagaimana yang ini pula? hehe.

Gambar Selebriti di AJL 27

Selasa, 8 Januari 2013

Episod Anugerah Juara Lagu ke-27 sudah pun menutupkan tirainya di awal tahun 2013 ini. Namun dengar-dengar tiada kekecohan yang berlaku ketika ini apa yang terjadi ketika acara itu.

Yang pasti warna warni dengan pakaian oleh selebriti yang hadir turut mewarnai suasana malam itu. Seksi, rock, sopan dan sebagainya. -gambar anugerahjuaralagu.com

Aizat - Terukir Di Bintang, Juara AJL 27

Isnin, 7 Januari 2013

Lagu ciptaan Yunalis Zarai, Terukir Di Bintang dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-27 di Stadium Putra Bukit Jalil, semalam. Lagu yang dnyanyikan oleh Aizat Amdan itu telah berjaya membawa pulang hadiah berupa trofi dan wang tunai keseluruhan sebanyak RM35,000.

Terukir Dibintang telah berjaya mengalahkan 11 buah lagu lain iaitu Lagu (Bedroom Sanctuary), Teman Pengganti (Black dan RJ), Patah Seribu (Shila Amzah), Pelangi Senja (Stacy), Ombak Rindu (Hafiz dan Adira), Tanpamu (Amir Jahari), Andaiku Bercinta Lagi (Mojo), Simetri (Hazama dan Amy Search) dan Anak Kampung (Jimmy Palikat dan One Nation Emcees).


Tempat ke-2: Idola - Azlan & The Typewriter (trofi dan wang tunai RM15,000)
Tempat ke-3: Ku Akui ciptaan - Hafiz (trofi dan wang tunai RM12,000)
Vokal Terbaik: Hafiz (trofi dan wang tunai RM10,000)
Persembahan Terbaik: Black dan RJ - Teman Pengganti (trofi dan wang tunai RM10,000)
Juara Mobile: Ombak Rindu - sumber