Nama besar penyanyi negara kita, Shila Amzah dan juga Dato' Siti Nurhaliza telah disenaraikan sebagai calon untuk kategori 'World's Best Female Artist' di satu anugerah berprestij di World Music Award yang akan berlangsung di Miami, Florida, Amerika Syarikat pada 22 Disember ini.

Berita baik ini merupakan satu penghormatan kepada penyanyi negara kita yang semangnya diintai oleh orang luar untuk bukan calang-calang anugerah diatas pencapaian mereka. Namun saingan Shila dan Siti juga bukan calang-calang, mereka terpaksa bersaing dengan 40 selebriti terkenal dunia seperti Adele, Beyonce, Britney Spears, Christina Aguilera, J. Lo, Lady Gaga, Madonna, Kelly Clarkson, Taylor Swift dan banyak lagi.

Namun kalah menang adat bertanding, yang penting dua nama artis ini sememangnya dapat mengharumkan nama Malaysia di mata industri musik seluruh dunia. Apa lagi, undi mereka di www.worldmusicawards.com, pastikan mereka menang ok!.