Acong Selamat Bernikah Dengan Zuraida

Pada: Selasa, 18 Disember 2012
Tahniah kepada pelawak, Acong (Sweet Child) atau nama sebenarnya Ahmad Fauzi Manan yang diijab kabulkan pada 15 Disember 2012 yang lalu di kediaman rumah pengantin perempuan, Siti Zuraida Zahari yang juga sebelum itu menjanda 5 tahun dengan dikurniakan seorang anak perempuan bernama Qistina Yasmin, 6 tahun.

Kisah mereka bertemu ini mendapat perhatian pelbagai pihak, iya la, dah 14 tahun berpisah dan bertemu kembali di laman sosial Facebook pada tahun 2010.

Mengenai hari perkahwinan mereka itu, menurut portal mStar, mereka berdua dinikahkan di Masjid Sultan Abdul Halim Sungai Petani, Kedah kira-kira jam 11 pagi.

Acong menghantar tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang oleh pengantin perempuan sementara mas kahwin pula sebanyak RM2,000.

Mereka berdua bakal mengadakan majlis resepsi kedua di sebelah pihak lelaki pada 24 Disember ini di Pusat Komuniti Bukit Damansara dan majlis resepsi ketiga pula untuk meraikan rakan-rakan industri dan media akan diadakan pada 3 Januari 2013 di Shah Alam.

Mereka dijangka terbang berbulan madu ke Beijing, China pada 1 hingga 6 Februari 2013.

Tag : , , , , , ,