Pada:
Khamis, 20 Disember 2012
Terbaru pelakon dari drama terkenal Adam dan Hawa, Shakilla Koriri berumur 23 tahun yang juga sudah 6 tahun dalam dunia seni mengakui ada pihak yang menyuruhnya agar berwatakkan seksi dan mencetuskan kontroversi untuk menjadi popular. Menurut portal mStar, Shakilla tetap dengan pendiriannya.
"Memang ada yang memberi cadangan untuk mereka-reka kontroversi agar saya lebih mudah diberi perhatian. Tetapi untuk apa? Adakah kedudukan kita itu akan berkekalan selama-lamanya?
"Bagi saya biarlah lambat asalkan orang kenal kita daripada hasil kerja kita atau paling tidak, perkara-perkara positif yang ditonjolkan.
"Saya percaya, apabila orang dah mula kenal siapa saya, itu tandanya kerja kita semakin berkualiti kerana ia mula dipandang umum serta daripada golongan industri," kata Shakilla.
Tag : Artis Seksi , Gossip Artis , Pelakon , Pelakon Seksi , Shakilla Koriri


