Pada:
Sabtu, 1 Disember 2012
Mereka bertunang pada 1 Jun yang lalu dan merancang dengan hasrat ingin menunaikan menjadi seorang suami isteri yang sah pada bulan Julai yang lalu, cinta yang terbina selama 4 tahun itu gagal di pertengahan jalan.
"Nak buat macam mana, mungkin kami tidak ada jodoh untuk hidup bersama. Lain yang dirancang, lain pula yang terjadi.
"Inilah kali pertama saya melalui pengalaman putus tunang dan ia bukannya mudah kerana saya begitu serius dengan pehubungan ini.
"Bagaimanapun saya masih lagi mengharapkan sesuatu yang baik terjadi antara kami, manalah tahu.
"Saya harap tiada yang menuding jari kepada sesiapa tentang hal putus tunang ini. Bagi saya ia adalah satu pengajaran dan iktibar yang besar buat kami berdua.
"Bukan mudah juga untuk saya membuat kenyataan sebegini kepada pihak media kerana saya sendiri tak tahu untuk jawab apa apabila disoal tentang hal ini,"kata Ezad. -sumber
Tag : Berita Artis , Ezad , Penyanyi , Perceraian Artis


