Ali XPDC Dekat Kepada Agama

Pada: Jumaat, 28 Disember 2012
Ali berbaju hitam
Syukur Alhamdulillah di hari Jumaat yang berkat ini, dikhabarkan ada lagi selebriti kita yang mahu berubah kepada arah kebaikkan atau mendekatkan diri kepada agama.

Penyanyi lagenda rock, Ali XPDC dikhabarkan sudah berbuat demikian. Ali berbuat demikian bermula tahun yang lalu dengan mengambil faktor usianya yang semakin meningkat.

Ali berbuat demikian juga bukanlah untuk mendapatkan publisiti murahan kerana dirinya yang kini sepi dari sebarang berita aktiviti nyanyian.
“Ramai beranggapan penghijrahan saya adalah  untuk mendapatkan publisiti dan populariti namun persepsi itu saya anggap sebagai ujian dalam melakukan perubahan.
       
“Niat berubah adalah disebabkan faktor usia dan tidak dipengaruhi oleh pihak lain dan tidak berhasrat menceburkan dalam politik,
       
“Karier nyanyian masih diteruskan seperti biasa namun memilih lokasi dengan tidak lagi membuat persembahan di kelab malam dan jenis lagu disampaikan lebih bercorak ilmuwan.
       
“Lagu-lagu lama masih dinyanyikan mengikut permintaan tetapi fokus lebih kepada muzik keagamaan,” katanya. -sumber

Tag : , , , , ,