Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Amy Search vs Awie Wings - isu Yazit

Khamis, 26 Mei 2016

Amy Search kecewa dengan kenyataan yang dibuat penyanyi sealirannya, Awie, berkenaan hubungannya dengan Yazit Ahmad.
Komen daripada Awie tersebut benar-benar melukakan hatinya.
"Saya kecewalah dan pada saya ia amat melukakan hati saya. Sampai hati dia cakap saya macam itu, sampaikan ibadah saya dipijak-pijak,"

"Tapi saya tidak salahkan dia (Awie) kerana dia mungkin dengar dari sebelah pihak sahaja," jelas Amy.

Katanya, menurut portal Astro Awani, Amy adalah pemilik sekolah tahfiz tetapi mengabaikan Yazit, sekali gus memohon agar Amy membantu rakannya itu kerana ia juga adalah 'saham akhirat'.
"Kalau saya dalam kumpulan itu, saya akan korbankan sedikit masa untuk menolong. Ini saham akhirat kita. Fikir dekat situ saja.

"Tidak guna kita cerita pasal tahfiz dan jubah tetapi soal akhirat dibuat main macam ini," Awie
Projek MMO turut melaporkan Awie sebagai berkata, ahli-ahli Search seharusnya bermuhasabah dan mengetepikan ego masing-masing. Jelasnya, Yazit harus dibantu kerana pengasas kumpulan rock itu hanya menjadikan muzik sebagai satu-satunya sumber pencarian.
"Mereka perlu ambil iktibar dan muhasabah diri kerana sahabat saya (Yazit) sakit, jadi tolak ke tepi soal ego," katanya.

Namun, Amy pada minggu lalu menafikan dia dan ahli-ahli Search yang lain mengabaikan Yazit sepanjang enam tahun menerima rawatan di hospital.

Kemelut antara Yazit dan Amy berlaku susulan dakwaan Search tidak membayar wang pendahuluan 'Konsert Search 35 tahun' sehingga perkara itu dilaporkan ke balai polis.

Saya ada jutaan Ringgit! ini apa Kes? - Amy Search

Selasa, 24 Mei 2016

Sebelum ni hangat diperkatakan isu bertikam lidah diantara Yazit dengan Amy Search mengenai isu konsert. Namun baru-baru ini Amy memberitahu bahawa pertikaian Yazit terhadap ahli kumpulan itu bukanlah isu baru, malah dia sendiri tidak disukai sejak awal penubuhan kumpulan itu.

Tiada maaf bagi mu kumpulan Search! -Yazit Ahmad

Jumaat, 13 Mei 2016

post-feature-image



Pemain dram Search, Yazit Ahmad, enggan memohon maaf dan menarik balik laporan polis yang mendakwa kumpulan itu melakukan pecah amanah seperti yang dituntut anggota lain band rock itu, semalam.

Tegas Yazit, 54, beliau bersama wakil peguamnya akan membuat laporan polis yang kedua terhadap kumpulan itu, petang semalam.

Amy Search nafi berjumpa Nabila, kekasih bincang soal kahwin

Khamis, 11 September 2014

Dengarnya Nabila Huda dengan teman lelakinya yang juga pemilik cafe terkenal sekitar Taman Tun Dr Ismail telah bertemu Amy Search untuk membincangkan mengenai urusan majlis perkahwinan mereka yang dirancangan dalam masa yang terdeka.

Namun memetik portal Murai, Amy menafikan pertemuan itu untuk membincangkan soal perkahwinan sebaliknya..
“Sejauh mana yang saya tahu memang diantara saya atau Abil sendiri kami belum lagi membuka mulut berbicara soal pasal perkahwinannya lagi. Dia pun tiada memberitahu pasal sebarang rancangan untuk mendirikan rumahtangga.

“Memang kami ada bertemu tetapi sekadar perjumpaan biasa untuk mengeratkan kembali hubungan saya dan Abil selepas beberapa perkara yang berlaku baru-baru ini,”

Saya sudah maafkan Nabila Huda - Amy Search

Jumaat, 11 Julai 2014

Amy yang ditemui di dalam rancangan Astro Gempak beberapa hari lalu telah dtanya mengenai kesediaannya menerima permohonan maaf dari Nabila Huda atau tidak berhubung kait dengan kontroversi yang melanda dua beranak ini bulan lalu.

Amy menyatakan yang dirinya sudah memaafkan anaknya itu walaupun Nabila belum berbuat untuk meminta maaf dan mengakui merindui anaknya itu yang sudah lama tidak bersemuka.
“Kalau dia tidak hubungi saya (untuk) meminta maaf pun, saya sudah maafkan dia. Saya sentiasa maafkan dia. Saya mahu Abil sedar yang kontroversi yang dicetuskannya akan menyebabkan kariernya terjejas. Saya tidak mahu itu berlaku kerana dia seorang yang berbakat.”

“Saya dah lama tak jumpa dia. Kali terakhir pada awal muharam tahun lalu. Kalau saya jumpa pun, hanya anak dia sahaja. Kalau dia mahu ke rumah saya, pintu rumah saya sentiasa terbuka untuknya,” -Amy

Komen Amy Search, Nourish mengenai Nabila Huda

Jumaat, 4 Julai 2014

Apa nak jadi dengan hubungan kekeluargaan diantara Amy Search dengan Nabila Huda ni kan. Isu Nabila ingin berpindah agama yang diajak oleh seorang di laman sosialnya membuatkan Amy bertindak diluar batasan dengan memberikan kata-kata kesat yang tidak sepatutnya keluar daripada mulut seorang ayah.

Namun itu lah ketegasan sebenar yang dipamerkan Amy sebagai tanda kecewa dengan sikap Nabila yang kini sukar dikawal lagi.
“Pasal isu masuk Kristian dah buat jantung saya ibarat terhenti. Bila cakap pasal boyfriend pula, saya terus jadi hilang akal”.

“Saya agak fep up juga kenapa saya yang perlu jawab. Saya harap wartawan jangan tanya saya lagi pasal isu dia. Saya tak nak bila ada sahaja isu, wartawan datang cari saya.

Lepas ni tiada lagi sebarang kenyataan daripada saya. Bukan saya tak peduli, cuma saya tak nak orang tanya saya. Dia dah besar untuk jawab apa saja soalan orang tanya pada dia, apa yang dia buat.

Saya memang marah sebab soal agama memang sensitif. Memang saya yang buat komen dan status tu. Saya ambil tanggungjawab atas apa yang saya cakapkan. Sama ada public suka atau tak, terpulang. Bagi saya simple, jangan buat perkara yang boleh mendatangkan isu.” -Amy Search
“Masa itu saya tiada dengan dia. Bila saya balik rumah hari Jumaat, saya terkejut tengok Abang Amy ada. Mata dia merah sangat. Dia beritahu ada wartawan cakap Nabila diajak masuk Kristian dan dia pun sudah lihat gambar-gambar di Instagram.

aya beri nasihat jangan komen apa-apa. Sekali rupanya dia dah komen di Instagram. Tapi, memang bukan saya yang buat. Sebagai isteri yang duduk di rumah saya dapat tengok perubahan dia. Bila orang cakap pasal anak dia, dia banyak diam tapi sejak akhir-akhir ni dia banyak luahkan pada saya.

Saya nasihat dia dan cakap budak tu dah besar, bukan zaman dulu yang dia boleh diarah-arah. Sebagai ibu bapa kita kena banyak berdoa. " -Nourish isteri Amy Search

Amy Search Akui Dirinya Muflis

Khamis, 21 November 2013

Akhirnya memetik sumber mStar semalam, Amy Search mengakui dirinya telah muflis akibat dianiya oleh kawan sendiri. Amy enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu, dan mahu mengheret kawannya itu ke muka pengadilan.

Kes muflis itu bermula apabila Amy gagal membayar balik jumlah hutang bagi menjayakan konsert jelajah Di Awan Biru pada tahun 2009 yang lalu.

Gambar Ella Mengandung/Hamil

Isnin, 28 Oktober 2013

Ni gambar terbaru yang admin dapat memperlihatkan gambar Ella mengandung seperti yang dikhabarkan baru-baru ini.

Gambar kedua dari kiri agak jelas perut Ella hamil. Yang lain sukar untuk dilihatkan. Harap Ella baik-baik aje. :)

Rosyam, Ramli Bergelar Datuk!

Jumaat, 11 Oktober 2013

Menurut sumber, penyanyi rock Ramli Sarip dan juga pelakon terhebar, Rosyam Nor bakal bergelar Datuk dengan dianugerahkan pangkat kebesaran Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM).

Ianya bersempena dengan hari jadi Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob ke-75, pada 11 Oktober ini..

Amy Search Upload Gambar Patung Mengandung Sebab....

Jumaat, 27 September 2013

Agak pelik apabila Amy Search menempekkan gambar patung dengan baju orang yang mengandung ke dalam Instagram. Namun pelik ke tidak, itu belakang cerita, yang pasti ada cerita disebalik gambar itu.

Amy dalam statusnya tertulis memohon doa agar isterinya bakal mengandung tidak lama lagi. Kalau betul isterinya nak mengandung/hamil lagi, baguslah, kami tumpang gembira juga. :)

Amy Search, Ella Bergambar Bersama

Isnin, 2 September 2013

Minggu lepas berlangsungnya rumah terbuka AidilFitri yang dianjurkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Dimana ramai juga selebriti yang hadir. Yang jadi perhatian kehadiran Raja Rock dan Ratu Rock Malaysia hadir dan bersama-sama memeriahkan suasana.

Gambar Raya - Amy Search, Keluarga

Isnin, 19 Ogos 2013

Ni adalah gambar Hari Raya 1 Syawal lalu dari penyanyi lagenda Rock, Amy Search dan ahli keluarganya yang baju rayanya ala Johor berseragam biru. Nabila Huda tidak dapat bersama, kemungkinan ini gambar Raya Amy di rumah sebelah isterinya. -gambar currenlife2u.com

Amy Search Kena Sakit Jantung?

Ahad, 30 Jun 2013

Dikhabarkan raja Rock Negara, Amy Search dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) baru-baru ini. Menurut sumber Amy Search ke sana bukan kerana dia menghidap penyakit sakit jantung, tapi hanyalah untuk membuat pemeriksaan jantungnya.

Tambahan lagi setelah di periksa oleh doktor dan para pembantunya, Amy disahkan bebas dari penyakit jantung. Syukurlah kalau macam itu. :) -gambar Instagram Amy Search


Gambar Amy Search, Keluarga Bercuti

Selasa, 9 April 2013

Kalau tak silap malam ABPBH 2012 yang lalu telah menganugerahkan kumpulan Search sebagai anugerah sepanjang zaman, namun vokalisnya, Amy tidak dapat hadir bersama, rupanya masih lagi bercuti dengan isterinya, Norhasniza serta anaknya.

Selain hadiah berharga buat Nabila Huda yang memenangi anugerah yang dipertandingkan sebagai hadiah berharga seorang anak kepada ayahnya yang masing-masing berdarah seni. Tahniah kepada kedua-duanya.








Gambar Amy Search di Tanah Suci Makkah

Selasa, 5 Mac 2013

Baru-baru ini Amy Search dan juga beberapa rakannya termasuklah, Akhil Hayy pergi menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah. Melihat episod mereka disana, Amy sempat mengambil beberapa keping photo untuk dijadikan kenangan dan juga tatapan umum peminat-peminatnya melalui laman sosialnya.

Awie Buka 3 Lagi Kelab Malam!

Khamis, 24 Januari 2013

kelab malam di Ipho kepunyaan Awie
Rasanya pasti ramai pemerhati hiburan dan peminat selebriti tempatan akan tidak berasa kurang selesa dengan tindakan Awie yang telah membuka kelab malam di Ipoh dan merancang untuk membuka 3 lagi cawangan baharu menurut portal mStar semalam.

Pembukaan kelab malam ini oleh Awie sendiri menegaskan yang dia hanyalah menjalankan perniagaan sahaja. Baguslah kalau seperti itu, tapi yang haram tetap haram, kita tidak boleh tukar dan lari daripada itu.

Rezeki Allah ada dimana-mana dan carilah dengan jalan yang halal. Cubalah Awie buka sekolah Tahfiz ker (saham akhirat pon bertambah), restoran ker, atau yang membawa kebaikkan umum kan itu lebih elok.

Mesti ramai pembaca tidak setuju dengan pandangan Awie kat bawah ni, memang Awie tetap dan teguh dengan pendiriannya. Tepuk dada, tanya iman ok..
“Jangan melihat perniagaan kelab itu daripada pandangan yang cetek. Ia adalah sebuah perniagaan dan saya telah melabur ratusan ribu untuknya.

“Malah saya juga merancang untuk kembangkan lagi perniagaan itu pada tahun ini selepas mendapat respons baik daripada pengunjung di Ipoh,

“Saya bergiat dalam bidang hiburan dan tidak tahu cabang perniagaan lain melainkan cabang ini sahaja (membuka kelab malam). Takkan saya hendak jual nasi lemak yang saya tidak tahu caranya?

“Jadi apa salahnya saya jalankan perniagaan berasaskan hiburan? Jangan persoalkan mengenai hukum hakam hanya kerana saya seorang artis?

“Teruk sangat ke buka kelab malam? Apabila saya yang buka, semua mempertikaikan saya? Sedangkan benda ini bukannya baharu.

“Di luar sana, lebih ramai orang Melayu yang berniaga kelab, hotel dan pusat hiburan lain tetapi kenapa tidak dipertikaikan?

“Saya hanya berniaga bagi meneruskan kelangsungan hidup dan mencari rezeki untuk diri dan keluarga, apakah itu salah?”kata Awie.

Ali XPDC Dekat Kepada Agama

Jumaat, 28 Disember 2012

Ali berbaju hitam
Syukur Alhamdulillah di hari Jumaat yang berkat ini, dikhabarkan ada lagi selebriti kita yang mahu berubah kepada arah kebaikkan atau mendekatkan diri kepada agama.

Penyanyi lagenda rock, Ali XPDC dikhabarkan sudah berbuat demikian. Ali berbuat demikian bermula tahun yang lalu dengan mengambil faktor usianya yang semakin meningkat.

Ali berbuat demikian juga bukanlah untuk mendapatkan publisiti murahan kerana dirinya yang kini sepi dari sebarang berita aktiviti nyanyian.
“Ramai beranggapan penghijrahan saya adalah  untuk mendapatkan publisiti dan populariti namun persepsi itu saya anggap sebagai ujian dalam melakukan perubahan.
       
“Niat berubah adalah disebabkan faktor usia dan tidak dipengaruhi oleh pihak lain dan tidak berhasrat menceburkan dalam politik,
       
“Karier nyanyian masih diteruskan seperti biasa namun memilih lokasi dengan tidak lagi membuat persembahan di kelab malam dan jenis lagu disampaikan lebih bercorak ilmuwan.
       
“Lagu-lagu lama masih dinyanyikan mengikut permintaan tetapi fokus lebih kepada muzik keagamaan,” katanya. -sumber

Gambar Resepsi Ella, Azhar

Isnin, 3 Disember 2012

Pada 1 Disember 2012 yang lalu, ratu rock Negara, Ella telah mengadakan majlis resepsinya  bersama-sama suami yang juga pilot FireFly, Azhar Ghazali. Acara yang meriah ini juga dihadiri oleh selebriti yang lain .

Kita doakan mereka berdua berkekalan untuk selamanya ek. -gambar RotiKaya

Episod Pergaduhan Amy Search dan Hanez Suraya

Selasa, 13 November 2012

HarianMetro baru-baru ini ada melaporkan bahawa Amy Search tengah mengamuk dengan pelakon baru, Hanez Suraya melalui laman sosial Instagram.

Kisahnya berpunca apaila Hanez mengeluarkan dakwaaan  tuduhan kepada isteri Amy, Norhasniza Hassan.
 Tuduhan itu adalah menuduh Nourish buat kecoh dan tidak professional ketika berurusan di bank tempat adiknya bekerja.

Namun sangkaan itu disangkal sendiri oleh Nourish yang mendakwa dia ke bank adalah untuk mengeluarkan wang dan kebetulan pekerja bank berkenaan mempunyai iras muka Hanez Suraya
“Saya menegurnya adakah awak adik kepada Hanez Suraya dan dia mengakuinya.

Saya kemudiannya memohon maaf kerana abang Amy tegur kakaknya dalam twitter,” katanya Norhasniza.
 Namun dalam pada masa yang lain Hanez telah meminta maaf kepada Amy Search .

@AkuAmySearch “Mlm (malam) tdi (tadi) bergaul dgn (dengan) pelakon2 (pelakon-pelakon) n (dan) ‘we respect each other’. Anis suraya (Hanez Suraya) tu alahai senyum pn (pun) tak”. 
“Sebagai seorang pendatang baru saya menebal perasaan segan untuk menegur abang Amy, saya juga bimbang di salah tafsir. Sebenarnya saya hormat abang Amy dan isteri. Apapun jika perlakuan saya tidak menegur membuatkan beliau tersinggung, saya mohon maaf,” kata Hanez.

Restoran Cheng Ho, Milik Amy Search - Tutup

Khamis, 25 Oktober 2012

Memetik daripada portal Kosmo Online semalam, dikhabarkan penyanyi terkenal yang juga raja rock negara, Amy Search telah menutup kedai perniagaan makanannya, Restoran Cheng Ho di Wangsa Maju bermula pada hari Selasa 23 Oktober 2012.

Restoran yang terkenal dengan masakan ala Cina halal dan mampu bertahan selama 4 tahun itu ditutup kerana mengalami pelbagai masalah dalaman diatas sebab menyerahkan tugas pengendalian restoran itu kepada seseorang.

"Apa pun, saya tetap sedih kerana perniagaan ini sudah lama dijalankan tetapi akhirnya terpaksa ditutup," katanya  
Itulah kata-kata Amy ketika ditemui. Dan yang pasti penutupan restoran ini bukanlah mengakhiri zaman kerjaya Amy berhenti di sini, namun tindakannya itu pasti ada seribu hikmah yang kita tidak tahu kelak.