Usop Wilcha Bakal Tinggalkan Hot FM

Pada: Khamis, 22 November 2012
Dikhabarkan Usop Wilcha telah membuat keputusan untuk meninggalkan deejay di Hot FM pada hujung bulan ini. Dia bertugas di Hot FM bermula pada Jun tahun yang lalu.

Sebab lain adalah bukan kerana populariti Usop yang merundum namun kerana pengurusan masa dan juga faktor usianya yang kini berusia 47 tahun.
"Umur saya semakin meningkat, sudah 47 tahun. Saya sudah tidak larat untuk melakukan kerja lain pada waktu malam dan terpaksa bangun awal pagi untuk studio radio.

"Keputusan ini perlu saya ambil juga sama ada sekarang atau kemudian hari demi komitmen masa untuk keluarga dan cabang seni yang lain,

"Sebenarnya sudah lama saya fikirkan untuk berundur. Dua atau tiga bulan lepas saya sudah berbincang dengan pihak pengurusan radio.

"Mereka faham dan hormati keputusan saya. Mereka minta saya berhenti secara perlahan-lahan dan mula beralih kepada kerja-kerja belakang tabir kebelakangan ini," katanya. -sumber

Tag : , , , , ,