Pada:
Selasa, 27 November 2012

Lelaki berusia berusia dalam lingkungan 20-an yang menunggang motosikal itu mengakui dia dikehendaki polis selepas ditahan Saiful Apek kira-kira jam 12.30 tengah malam, Jumaat lalu.
Sejurus membuat pengakuan itu, suspek turun daripada kenderaannya sebelum meminta izin bergambar bersama Saiful Apek.Pemeriksaan polis kemudian mengesahkan suspek dikehendaki kerana disyaki terbabit dalam kes samun.
Saiful Apek berkata, dia pada mulanya hanya memberikan risalah kepada lelaki terbabit dan terkejut apabila lelaki itu memberitahu mempunyai rekod dikehendaki pihak polis dan rela ditahan asalkan dapat bergambar.
Dia segera memberhentikan motosikalnya di bahu jalan sebelum menyerahkan kad pengenalan kepada polis dan meminta izin bergambar dengan saya sebelum ditahan. -sumber
Tag : Berita Artis , Jenayah , Kes Polis , Pelawak , Saiful Apek