Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Perubahan terkini Saiful Apek..

Selasa, 7 Februari 2017

Pelawak terkenal dan lagenda, Saiful Apek telah berjaya meninggalkan dunia 'rokok' sejak 2012 lagi disebabkan kesedaran yang lahir untuk memikirkan rumah tangga, isteri dan dua anak lelakinya meningkat dewasa, Riyadh, 22, dan Radzin, 19.

Menurut Apek, untuk mendidik sesiapa saja apatah lagi darah daging sendiri, dia kena berubah dan barulah kesedaran turut datang dalam diri orang lain.

“Kita tidak boleh hanya bercakap dan ‘mengarah’ orang buat baik, tetapi diri sendiri tidak betul. Semakin anak menginjak ke usia dewasa, saya melayan seperti kawan, menjadi tempat mereka mengadu dan mendengar segala keluhan agar tidak takut untuk bercakap benar.

“Tanpa dipaksa, Riyadh beritahu saya dia merokok dan katanya, itulah kali pertama dan terakhir dia merokok kerana dia tahu kesan buruk sebagai perokok,” katanya HarianMetro.

Saiful Apek dekati dan mendalami ilmu agama

Khamis, 6 Oktober 2016

Dengar khabar yang pelawak terkenal, Saiful Apek kini sedang giat dalam usahanya mendalami ilmu agama. Aktiviti-aktiviti yang dilalkukan Saiful seperti banyak meluangkan masa di masjid dan surau-surau sekitar Kuala Lumpur.

Bahkan Saiful juga dijemput menjadi penceramah di masjid dan surau berkenaan.
“Sejak dua bulan kebelakangan ini saya sering diundang untuk menjadi ahli panel bagi forum agama di masjid-masjid dan surau di sekitar Kuala Lumpur.

“Mereka minta saya berkongsi tentang kehidupan saya sebagai anak seni, tanggungjawab sebagai bapa dan macam-macam lagi. Alhamdulillah mungkin juga ada sebab mengapa saya dapat peluang tersebut”

“Sedikit sebanyak saya belajar banyak tentang ilmu agama. Saya memang ingin mendalami tentang agama Islam, tapi kalau boleh saya tidak mahu melakukannya terlalu drastik.

“Saya buat perlahan-lahan dan Insya-Allah, sekurang-kurangnya jika saya beri ceramah di masjid dapat juga menarik orang lain untuk datang dan berminat turut sama,” katanya kepada mStar Online.

Keadaan terkini Pak Piee (4 gambar)

Rabu, 5 Ogos 2015

Saiful Apek melawat Pak Piee atau nama sebenarnya Shafiee Jaafar yang juga popular ketika melakonkan Filem Mami Jarum, di gerai makan di Padang Serai, Kedah(dekat petronas) baru-baru ini.

Melihat kelibat Pak Piee, dia semakin kurus baut masa ini, namun diharap keadaan dia sihat walafiat dan semoga hidupnya diberkati. :)

Punca sebenar Saiful Apek enggan sertai MLM

Jumaat, 13 Februari 2015

Punca sebenar mengapa pelawak lagenda, Saiful Apek enggan menyertai MaharajaLawak Mega musim hadapan yang ditawarkan kepadanya walaupun program berkenaan memberikan hadiah cukup lumayan dalam sebuah pertandingan program realiti.
"Setiap tahun saya ditawarkan untuk menyertai pertandingan Maharaja Lawak Mega, namun saya menolak kerana merasai ia sudah tidak penting buat saya. Sebelum ini saya sudah beberapa kali menjadi juri pertandingan Raja Lawak dan kenapa pula saya mahu jadi peserta?

Lagi pula tiada apa lagi hendak di buktikan di pentas tersebut kerana sebelum ini saya sudah memeggang gelaran Artis Komedi Popular selama enam tahun berturut-turut... cukuplah tu,"
Saiful juga mengulas perbezaan pelawak sekarang dan dahulu ketika zaman-zaman Senario.
"Sekarang sangat berbeza. Semasa dengan Senario dulu... kami habiskan masa berbulan-bulan untuk buat album hingga ada tujuh buah album dan konsert sendiri untuk dapat hidup selesa.

"Sekarang buat show lima minit sahaja dah boleh dapat RM500,000. Namun, apa yang saya lihat jika cepat mereka meraih populariti, maka cepat juga akan dilupai," -Saiful Apek petikan portal mStar

Kes Dadah 2010, Nasib Saiful Apek......

Selasa, 1 Oktober 2013

Akhirnya episod dadah yang sering kali menghantui pelawak, Saiful Apek diketahui kelmarin. Apek dan 3 pekerjanya dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya semalam atas tuduhan memasukan kanabis (dadah) ke dalam badan pada tahun 2010 yang lalu.

Memetik daripada MediaHiburan itu lagi, Saiful bersama rakannya didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri Kembangan pada jam 11 malam, 12 Jun 2010.

Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15(1) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM5,000.

Penjenyah Serah Diri Teruja Lihat Apek

Selasa, 27 November 2012

 
Wah syabas dan tak disangka mengenai kisah selebriti dan pelawak Saiful Apek yang telah menjadi hero.. Cerita nya begini ada seorang penjenayah sanggup menyerah diri kepada polis selepas teruja ditahan Saiful Apek, yang mengedarkan risalah cegah jenayah dalam sekatan jalan raya di Jalan Bukit Mertajam, di sini.

Lelaki berusia berusia dalam lingkungan 20-an yang menunggang motosikal itu mengakui dia dikehendaki polis selepas ditahan Saiful Apek kira-kira jam 12.30 tengah malam, Jumaat lalu.    

Sejurus membuat pengakuan itu, suspek turun daripada kenderaannya sebelum meminta izin bergambar bersama Saiful Apek.Pemeriksaan polis kemudian mengesahkan suspek dikehendaki kerana disyaki terbabit dalam kes samun.

Saiful Apek berkata, dia pada mulanya hanya memberikan risalah kepada lelaki terbabit dan terkejut apabila lelaki itu memberitahu mempunyai rekod dikehendaki pihak polis dan rela ditahan asalkan dapat bergambar.

Dia segera memberhentikan motosikalnya di bahu jalan sebelum menyerahkan kad pengenalan kepada   polis  dan meminta izin  bergambar dengan saya sebelum ditahan. -sumber

Saiful Apek dibebaskan dakwaan dadah

Selasa, 26 Jun 2012

Saiful Apek berasa amat lega dan bersyukur apabila Mahkamah Majistret PJ semalam membebaskan dia dan tiga rakannya daripada tuduhan memasukkan dadah jenis kanabis ke dalam badan dua tahun lalu.

Saiful berkata, keputusan yang dibuat oleh Majistret tu adalah satu kebenaran yang telah terbukti selepas dua tahun dibelenggu dengan insiden yang telah mencalarkan namanya sebagai seorang selebriti.

"Syukur Alhamdulillahlah semuanya telah selesai dan sedikit sebanyak keputusan yang dibuat oleh Majistret telah membersihkan nama saya yang tercalar sebelum ini.

"Bebanan yang dipikul sebelum ini kerana kes tersebut telah bertukar menjadi lega dan sokongan peminat sentiasa membuatkan saya kuat untuk mengharungi semua dugaan ini,"-Via

Saiful Apek tuntut RM200.000 dari David Teo

Sabtu, 12 Mei 2012

Saiful Apek mendakwa David Teo terbabit gagal melunaskan pulangan pelaburan RM200,000 filem Lady Boss dan Anak Mami Kembali kepadanya selepas dia yang membintangi kedua-dua filem berkenaan melaburkan wang hasil lakonannya RM100,000 sejak 2005.

Katanya, selain isu berkenaan perkara lain dibangkitkan adalah kegagalan David menyiapkan album nyanyiannya sedangkan kontrak dimeterai setahun ditandatangani pada tahun yang sama.

Berikutan tidak berpuas hati dan tidak mempunyai saluran memperjuangkan haknya, dia tampil membuat kenyataan di laman sosial sehinggalah menyedari menerima kritikan hebat pengguna rangkaian sosial berkenaan.

Ahad ini jam 2 petang, dia dan lebih 50 selebriti yang mahu menuntut hak masing-masing terhadap David dengan mengadakan sidang media bersama bukti dan dokumen yang pernah ditandatangani bagi menerangkan keadaan sebenar.

Katanya, pada 2005, dia ditawarkan membintangi filem Lady Boss dan Anak Mami Kembali dengan bayaran RM100,000 sebelum wang itu dilaburkan semula dalam kedua-dua filem berkenaan. -Via

David Teo mohon maaf terbuka

Jumaat, 11 Mei 2012

Episod Apek Saiful yang menyindir David Teo sememangnya menjadi satu kontroversi tanpa adanya teguran/komen dari David sendiri. Namun kini David tampil sebagai seorang lelaki sejati untuk mengalah dan memohon maaf secara terbuka kepada umum atas kenyataannya yang menyinggung pelbagai pihak terlibat. Itulah David Teo, sifat seperti inilah yang kita inginkan, saling memaafkan walaupun kesilapan itu sudah berlaku dan tidak terlalu bersikap egois untuk tidak mahu mengalah. :)

GUA: Salam takziah saya buat seluruh keluarga dan sahabat handai arwah Bob Kuman (Husni Bin Mohd. Rawi). Pemergian beliau sememangnya satu kehilangan buat industri hiburan Malaysia.

Saya sendiri terkejut apabila mendengar berita pemergian beliau namun kita sebagai manusia harus redha dengan segala ketentuan Tuhan.

Allahyarham sebelum ini banyak terlibat dalam produksi saya & beliau sangat komited dengan segala kerja yang dilakukannya. Saya juga sangat menghormati beliau sebagai sahabat dan rakan kerja yang sama sama bekerja dalam industri.

Di kesempatan ini, saya dari lubuk hati yang dalam memohon maaf daripada keluarga Allahyarham sekiranya ada kata-kata atau tindakan saya yang menyinggung perasaan mereka. Bukanlah niat saya untuk mencetuskan sebarang kontroversi.

Saya sedar kata-kata saya dalam rancangan Melodi bertarikh 22 April 2012 saya ada menyebut tentang sumbangan yang telah saya beri di Hospital Tawakal pada tahun 2010 yang lalu semasa beliau sakit.

Dalam kenyataan itu, saya ada menyebut “jika Bob Kuman perlukan sumbangan lebih, saya boleh sedekah”. Di sini saya ingin menjelaskan bahawa kenyataan ini dikeluarkan semasa Arwah masih hidup, BUKANNYA setelah beliau meninggal. Penggunaan perkataan “sedekah” yang saya maksudkan adalah “derma atau sumbangan”.

Apa yang saya faham, “sedekah” bukanlah sesuatu yang hina. Selalu kita dengar “senyum adalah satu sedekah” dan “sedekahkan al-Fatihah” jika ada orang meninggal dunia. Saya anggap perkataan ini sesuatu yang suci tetapi mungkin saya tersalah tafsir.

Saya sedar kata-kata saya ini telah menyinggung perasaan keluarga dan sebilangan masyarakat terutamanya peminat dan penyokong Arwah Bob Kuman. Percayalah, demi Tuhan saya langsung tidak terlintas niat di hati untuk menyakitkan hati mana-mana pihak sedangkan beliau telah saya anggap sebagai sahabat baik saya.

Saya sekali lagi memohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki di atas kertelanjuran saya. Saya bukanlah insan sempurna yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Pengalaman ini akan saya jadikan pedoman untuk menempuh hari-hari yang mendatang dengan lebih berhati-hati.

Kepada semua rakan-rakan artis dan peminat, sama-sama lah kita mendoakan kesejahteraan roh Allahyarham di-sana. Diharapkan permohonan maaf ikhlas ini dapat diterima dengan hati yang ikhlas juga.

Ikhlas,

David Teo

Saiful Apek vs David Teo

Rabu, 9 Mei 2012

Ini adalah petikan yang diambil melalui laman fan page milik Saiful Apek. Apek sepertinya meluahkan rasa ketidak puasan hatinya untuk menyatakan yang dirinya tidak suka dengan pengarah filem, David Teo. David Teo sebelum ni dikatakan (betul atau tidak) mengkritik arwah Bob Kuman yang juga kawan akrab kepada Apek kerana memberitahu sumber kewangannya dan meminta sedekah. Tidak dapat disahihkan cerita ini lagi. Kalau korang rajin, korang boleh baca di FB Apek tu lagi komen-komen daripada peminat.

Gambar pengebumian Almarhum Bob Kuman

Ahad, 6 Mei 2012

Jenazah Bob Kuman yang meninggal dunia semalam (3/5), selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sega Hulu, Rantau jam 11 pagi (4/5). Allahyarham dipercayai menghembuskan nafas terakhir di sisi isterinya Normah Othman di rumah mereka di Pangsapuri Silvia, Kota Damansara, kira-kira pukul 4.40 petang Khamis.

Kesihatan Allahyarham dilaporkan mula terganggu selepas terjatuh ketika menjalani penggambaran drama pada 2010.

Kira-kira 200 orang termasuk anggota keluarga, saudara-mara dan rakan artis Allahyarham seperti Saiful Apek, Yassin Senario, penyanyi Hattan, Elly Suriati dan Cat Farish berada di tanah perkuburan itu.

Sementara itu, Saiful Apek pula berkata hubungan beliau dengan Allahyarham memang rapat dan beliau terkilan kerana tidak dapat berjumpa Allahyarham di saat akhir sebab sibuk dengan tugas.

“Kali terakhir saya jumpa Allahyarham dua minggu lepas. Walaupun lama tak jumpa tapi kami selalu berhubung dengan telefon.

“Allahyarham ada menyatakan hasrat beliau untuk menerbitkan filem dan kami merancang untuk membuatnya bersama. Allahyarham juga ada berpesan nak membuat sesuatu pada dunia artis,” kata Apek. -Bernama

Apek didakwa ambil ganja!

Rabu, 2 November 2011

Saiful Apek dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada hari Selasa kelmarin, atas tuduhan mengambil dadah jenis ganja, tahun lalu. Apek mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu yang dibacakan itu.

Apek didakwa melakukan kesalahan itu pada pukul 11 malam, 12 Jun 2010 di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri Kembangan.

Bagi kesalahan itu, Apek didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum di bawah Seksyen 15 akta sama. Jika sabit kesalahan, Apek boleh dihukum denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun.

[artikel Via]

Mak Jah heroin untuk sebuah filem

Sabtu, 14 Mei 2011

Filem ni merupakan filem arahan Prof Madya A. Razak Mohaideen yang sebelum ni menaruhkan harapan tinggi kepada filem Ratu The Movie, tapi dengar-dengar filem tu hampeh, tak tahu sebab apa, kureng kot income masuk. Tak pala, adat resam cari duit. Tapi kali ni Prof telah buat satu filem baik punya, gandingan mantap Saiful Apek dan Johan RL. Namun bukan dorang berdua ni yang buat suprise filem tu sebagai pelakon utama, tapi MAK JAH yang popular dalam mana-mana drama tu jadi heroin. wah... Memang sesuatu yang pelik kan. Biasalah nak pakai strategy baru agaknya tue..

Sebab yang jadi heroin mesti yang cantik cute miut. Tapi ini lain sikit. Filem ni diberi tajuk 'Raya Tak Jadi'. Ha mungkin bulan puasa ni kot keluar. Sebab Apek tue dah bersara, takkan masih main lagi kot, kan kan kan, mungkin filem ni shoot dah lama cuma tahun ni dikeluarkan (tunggu giliran). Apa-apa pun nanti kan filem ini ok uall. :)

Apek dibebaskan dengan ikat jamin polis

Jumaat, 18 Jun 2010

Pelakon komedi terkenal, Mohd Saifulazam Mohammad Yusoff, 41, atau lebih dikenali sebagai Saiful Apek bersama lima rakannya yang direman kerana disyaki memiliki 40 gram ganja akan dibebaskan dengan ikat jamin polis. Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar ketika dihubungi berkata, siasatan terhadap kes tersebut akan tetap diteruskan. Sehubungan itu, katanya, polis akan membuat keputusan kemudian sama ada akan mendakwa Saiful Apek dan rakan-rakannya ataupun tidak.

Pada hari Rabu baru-baru ini, tempoh reman Saiful Apek bersama lima rakannya selama empat hari dilanjutkan sehari lagi sehingga Khamis kelmarin. Majistret Aishah Hijriah Arshad membenarkan tempoh reman terhadap semua suspek dilanjutkan. Ia bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan di bawah Seksyen 39A(1) serta Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 atas sebab pemilikan dadah manakala Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 atas sebab penggunaan dadah. -mStar

Saiful Apek direman polis miliki 40g Ganja

Isnin, 14 Jun 2010

Pelakon komedi terkenal, Mohd Saifulazam Mohammad Yusoff, 41, atau lebih dikenali sebagai Saiful Apek ditahan bersama lima rakannya ekoran dakwaan memiliki 40 gram dadah dipercayai ganja. Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar berkata, mereka ditahan di rumah Saiful di Jalan PJS7 Subang Jaya di sini kira-kira pukul 10 malam semalam (12/6). Katanya, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 39A(1), Seksyen 6 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
"Kesemua suspek akan direman selama empat hari bermula hari ini (13/6)" kata Zainal.
Gambar lama Apek dituduh hisap dadah

Saiful Apek kena tipu RM500,000!

Sabtu, 15 Mei 2010

Pelawak popular Saiful Apek atau Mohd Saiful Azam Mohamed Yusoff, 41, mendakwa dia telah ditipu oleh sebuah syarikat penerbitan filem kerana tidak menjelaskan bayaran di atas pelaburan serta kerja-kerja lakonan yang dibuat menerusi dua buah filem. Menurut Apek dia sepatutnya menerima bayaran bernilai kira-kira RM500,000 menerusi dua buah filem berkenaan daripada syarikat terbabit yang mana kedua-duanya telah pun ditayangkan pada tahun 2005 dan 2006.

Dia yang hingga masih lagi merahsiakan nama syarikat penerbitan terbabit bagaimanapun bercadang untuk mengadakan sidang media khas dalam masa terdekat ini bagi mendedahkan perkara ini kepada pihak umum. Apek berkata, dia sudah pun melantik peguam dan kes ini akan membawa ke mahkamah.

"Buat masa sekarang ini saya tidak akan mendedahkan syarikat mana dan filem mana yang dimaksudkan. Sedikit masa lagi saya bersama-sama peguam akan akan mengumumkannya dalam sidang media khas. Saya terpaksa mengambil tindakan mahkamah kerana ia melibatkan wang yang besar. Bagi saya ia adalah sesuatu penganiayaan terhadap punca utama rezeki saya. Kalau orang buat macam ini pada saya habislah saya.
"Bukan sahaja duit pelaburan saya tidak dibayar, malah duit hasil lakonan pun tidak diberi satu sen pun. Nak kata filem ini tak berjaya, tidak jug. Malah, apa yang saya tahu. kedua-duanya meletup di pawagam. Hingga hari ini saya berdiam diri dan menyembunyikan perkara ini. Apabila sekian lama menanti, saya rasa sudah tiba masanya untuk saya mencari pengadilan. Lagi pun saya tak mahu ambil tindakan terburu-buru.
"Sebab. kalau saya hendak ambil tindakan undang-undang, ia haruslah dilakukan menerusi saluran yang betul. Saya juga bercadang unyuk membuat aduan kepada pihak Seniman," kata Apek ketika ditemui pada majlis pra tonton filem Kecoh Betul di pawagam Golden Screen Cinema di pusat membeli belah Tropicana City baru-baru ini. -Murai

Gambar Faezah Elai

Ahad, 27 September 2009

Terlihat filem lama, Otai yang baru-baru dimainkan di TV3 sempena minggu raya 2009, teringat pula siapa pelakon yang menjadi isteri ke-2 Saiful Apek dalam filem berkenaan, rupa-rupanya Faezah Elai anak kelahiran Penang. Memang lakonannya agak manja sedikit. Selepas daripada filem itu, dia banyak memainkan lakonan di drama-drama TV3, mungkin tak banyak disangka, cuma sedikit sahaja. Kalau korang masih tak mengenalinya, jom lihat gambarnya.

Jojo Struys, Saiful Apek Bergambar

Ahad, 2 Ogos 2009

Memang gambar di bawah ini biasa-biasa sahaja, tiada yang luar biasa pun. Cuma Apek bertuah sedikit dapat bergambar dengan personaliti tv (NTV7), Jojo Struys dengan memegang pinggangnya di tepi. Jojo diakui seorang yang manis dan cantik. Dan baru-baru ini dia menyambut ulang tahunnya ke-??. Cuma dia non-muslim jadi sukar mahu digossipkan dengan artis-artis yang muslim lain. Jadi kalau korang nak tengok Jojo, di bawah ini ada gambar nya.

Album Single Apek 'Saifulapek & Famili'

Khamis, 9 Julai 2009

Selepas 15 tahun menjaja seni dalam arena hiburan, Saifulapek atau nama sebenarnya, Mohd. Saiful Azam Mohammed Yusoff melengkapkan 'resume'nya dengan melancarkan album pertamanya, 'Saifulapek dan Famili' 7 Julai 2009. Album dengan enam lagu tersebut membuktikan Saifulapek berdarah seni sebagai seorang pelakon, penyanyi, pemuzik, pengarah,penerbit, ahli peniaga, pengacara dan juruhebah. Ia juga merealisasikan cita-cita Saifulapek untuk berkongsi kejayaannya selama lebih 15 tahun dalam arena seni dengan para peminatnya.

"Sejak 2001, saya sudah merancang untuk membuat album ini. Apa yang melambatkan niat saya itu adalah kerana saya membuat macam-macam benda. Kalau saya penyanyi sahaja .. cepatlah.
"Itulah proses yang saya lalui dalam karier seni saya. Saya akui lebih mengutamakan lakonan berbentuk komedi," katanya pada majlis pelancaran Album Saifulapek dan Famili serta portal interaktif saifulapek.com.my di Borneo Baruk Club, Kuala Lumpur.