Panas! Sharnaaz Buat Hal kerana Shila?

Pada: Selasa, 6 November 2012
Akibat dek dilamun cinta, Sharnaaz Ahmad yang juga sedang menjalani aktiviti di set pengambraan filem yang dibintanginya, filem Darah Panas telah menerima padah apabila penerbit filem berkenaan, S. Baldev telah mengeluarkan surat saman undang-undang terhadap Sharnaaz pada dua minggu yang lalu dan meminta Sharnaaz meminta maaf secara umum kepada media.

Kenapa perkara ini terjadi? sebabnya, memetik daripada portal hMetro semalam, Sharnaaz dikatakan meninggalkan set lakonan ketika sedang dijalankan semata-mata mahu bertemu dengan kekasih hati, Shila Amzah bahkan yang lebih teruk dan parah lagi ceritanya, Sharnaaz menolak dan mencengkan leher penolong pengarah filem berkenaan, itu pun sebab mahu berjumpa Shila yang mahu berlepas ke China untuk Asian Wave 2012 yang lalu.

Namun Sharnaaz yang dihubungi menyangkal semua dakwaan penerbit berkenaan dan menegaskan dirinya difitnah serta tidak menerima apa-apa surat saman sehingga kini. Yang mana satu benar dan betul? nantikan apa yang terjadi selepas ini..

Tag : , , , , , , ,