Pada:
Sabtu, 17 November 2012
Komen Erra ini dipetik melalui portal Murai yang telah meminta ulasan Erra mengenai hal gosip perceraian itu.
Erra menegaskan ianya hanyalah khabar angin yang tidak tahu datang dari mana asal usulnya untuk dipercayai.
"Minta maaf, buat masa ini tiada sebarang kenyataan dan penjelasan untuk Erra berikan kepada umum mengenai gosip ini. Sehingga ke hari ini, gosip hanya tinggal gosip sahaja.Apa-apa pun kita doakan yang terbaik buat mereka berdua dalam menempuhi dugaan dan cabaran hidup.
"Jika ada fakta yang mahu Erra kongsikan bersama peminat dan umum, Erra pasti akan memberitahu secara langsung kepada anda dan rakan media semua.
"Diharapkan rakan media tidak menyokong sebarang fakta dari sumber seperti ini selain apa yang datang daripada Erra atau Engku Emran sendiri," -tegas Erra.
Tag : Engku Emran , Erra Fazira , Gossip Artis , Perceraian Artis , Rumah Tangga , Suami Isteri


