Pada:
Khamis, 13 September 2012
Wah dalam diam tip top Ayu Raudhah sudah hamil kali ke-2 yang kini usianya sudah masuk 3 bulan. Ayu sebenarnya tidak mahu kecoh dan kepoh atas perkhabaran baik ini kerana baginya usia kandungannya itu masih lagi muda.Memetik daripada portal MediaHiburan, Ayu mahu meminta kepada pembaca dan juga peminatnya agar mendoakan agar dapat menimang anak sulungnya dengan Zaquan.
"Pengalaman keguguran tidak lama dahulu banyak mengajar saya. Jadi kali ini saya lebih berhati-hati dan alhamdulillah perkembangan kandungan saya baik sahaja dan sudah mencecah usia tiga bulan.
"Buat masa sekarang saya hanya mengalami muntah-muntah sahaja tetapi apa yang lucunya, pada awal kandungan suami saya pula yang kerap rasa loya," seloroh Ayu.
Tag : Artis Mengandung , Ayu Raudhah , Berita Artis , Hamil , Pelakon

