Ibu Bob AF2 Meninggal Dunia

Pada: Khamis, 6 September 2012
Salam takziah kepada bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-2, Bob kerana kehilangan ibundanya yang tercinta, Rosnah Tuah yang meninggal dunia pada 4 September yang lalu jam 4.40 petang dengan usia 52 tahun. Berita ini disahkan sendiri oleh Bob yang memetik dari portal Murai.

Arwah menderita sakit kanser pangkal rahim. Difahamkan, arwah telah mengidap penyakit ini selama 4 tahun dan meninggal dunia di Hospital Limbang, Sarawak di sisi Bob sekeluarga. Arwah dikebumikan pada 10 pagi keesokan harinya. al Fatihah.

Tag : , , , ,