Persembahan Dato' Siti Nurhaliza diberi amaran!

Pada: Khamis, 19 Julai 2012
Memetik laporan SinarHarian semalam, penganjur kepada penyanyi kebanggan Negara, Dato' Siti Nurhaliza diberi amaran keras oleh kerajaan Kelantan kerana persembahan Siti menyanyi secara terbuka ketika Siti menjadi tetamu khas sempena Jamuan Perdana Perayaan Hari Guru 2012 di Jalan Wakaf Mek Zainab. Kota Bharu. Kesalahan Siti sebenarnya tidak disengajai, dia tidak tahu apa-apa mengenai undang-undang Negeri Kelantan yang memperuntukkan tidak boleh menyanyi nyanyian secara terbuka.

Mungkin tidak tahu dimana silap Siti sehingga diberi amaran sebegitu, padahal tiada niat negatif yang disampaikan oleh Siti melainkan bertemu dengan rakyat Kelantan yang rindukan ketibaan Siti. Mungkin sahaja penyebab utama adalah penganjur program berkenaan adalah dari parti kerajaan BN. Apa-apa pun selepas ini selebriti haruslah mengikuti undang-undang negeri mana sekalipun, kerana itu lah etika yang harus dipatuhi.

Tag : , , , , ,