Malaysia Book Of Records iktiraf Mia Sara

Pada: Sabtu, 14 Julai 2012
Mia Sara Nasuha Mohammad Ridhuan, 7, dianugerahkan sebagai pelakon termuda dalam Festival Filem Malaysia (FFM) yang juga disenaraikan dalam Malaysian Book Of Records malam semalam.

Mia yang hadir bersama bapanya dan juga pengurusnya berasa gembira dengan anugerah yang diberikan yang berlangsung di Intercontinental Hotel.

“Mia nak ucapkan terima kasih pada yg ucapkan tahniah pada Mia. InsyaAllah Mia tak lupa diri. Mia akan usaha lebih gigih lagi masa depan ,” tulis Mia dalam Twitternya semalam.
Setakat ini, Mia sudah pun dianugerahkan dengan tiga anugerah iaitu; Pelakon kanak-kanak terbaik dalam Festival Filem Malaysia 24; Best Kid Actress oleh TV# Kids Awards; dan Youngest Actress Winning Festival Film Malaysia oleh Malaysian Book of Records.

Mia juga pernah dicalonkan sebagai Pelakon Wanita Filem Paling Popular dalam Anugerah Bintang Popular 2011.

Tag : , , , ,