Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Apa yang tak kena dengan Mia Sara ini?

Rabu, 27 September 2017

Pada malam Festival FIlem Malaysia ke-29 hujung minggu lalu, tak habis dengan kontroversi Zizan sebagai pengacara, ada juga mata yang mahu menyalahkan pemakaian tudung pelakon kanak-kanak, Mia Sara.

Katanya tudung yang dikenakan oleh Mia sangat singkat menampakkan dada. Namun Mia enggan mengulasnya lebih lanjut hal itu. Korang nak kritik, kritiklah, janji tutup aurat, kan Mia..

Aaisyah Dhia Rana menyeksi, ini reaksi follower nya..

Isnin, 10 Julai 2017

Gambar seksi Puteri Balqis di IG, ayah tampil beri penjelasan


Denagrnya Puteri Balqis Azizi, 10, telah menuutup ruangan komen di Instagram miliknya. Ayahnya, Azizi Aziz, memberitahu semuanya kerana dia tidak mahu emosi anaknya terganggu. Berdasarkan pengalaman sebelum ini terlalu banyak komen berbaur cacian, kejian dan hinaan dilempar netizen yang sekali gus menjejaskan emosi puterinya itu.

"Benar, memang kami sengaja menutup ruangan komen pada setiap posting gambar anak saya di Instagram kerana kami tahu dia tidak kuat untuk hadapi cacian dan tohmahan orang.

"Sebagai ayah saya tahu dia dah cuba jadi yang terbaik untuk diri dan kerjaya seninya. Malangnya masih ada orang yang sengaja mahu mencari salah-silap dia,

"Siapa saya nak tutup mulut orang tetapi satu pesan saya, nak menegur biarlah kena pada caranya, InsyaAllah saya boleh terima.

"Soal berpakaian tu, pada usianya sekarang saya hanya mahu dia jujur pada diri sendiri dan selesa apa yang dia buat.

"Tiba waktunya dia membesar dan matang macam orang lain juga," katanya kepada mStar Online.

Mia Sara kini makin jelita, ada orang bagi alat pick-up line!

Jumaat, 23 Jun 2017

Pada tahun-tahun yang lalu, Mia Sara sering dipuji kerana keletahnya yang comelnya berlakon. Namun, tanpa disangka kini selepas tidak muncul lama di kaca TV, Mia semakin meningkat remaja.

Penampilannya kini dilihat semakin bergaya dan matang dari usianya. Malah, ramai ada yang memuji Mia semakin jelita.

Mungkin juga kerana Mia mempunyai jenama tudungnya sendiri iaitu Mia Couture yang membuatnya semakin peka dengan cara bergaya dan juga fesyen.

Masih ingat dengan Pelakon Kecil Ini? Jangan terkejut.. ( 26 GAMBAR )

Rabu, 7 Jun 2017


Kini beliau adalah Isteri kepada Kerabat di Raja Kedah. Cantik mengalahkan Fazura dengar khabar.

Wajah pelakon Rafique, Maisara yang terkini (video)

Ahad, 4 Jun 2017



Dulu kalau bulan puasa drama ni ler yang paling di tunggu-tunggu. Pelakon kanak-kanak bernama Rafique dan Maisara pun dah besar dah. Jom lihat wajah mereka yang sudah membesar ini.

Bakat Puteri Balqis, ini komen terbaik Mia Sara

Isnin, 28 November 2016

"Saya tidak pernah terfikir untuk bersaing dengan sesiapa."
Pelakon cilik, Mia Sara, 11 menegaskan tidak pernah terlintas di hati mahu bersaing, sebaliknya mengagumi bakat yang ada pada rakannya, Puteri Balqis.

Mia Sara menangis perniagaan tudungnya tidak laku..

Jumaat, 22 April 2016

Setelah tujuh tahun berkecimpung dalam dunia lakonan, pelakon kanak-kanak Mia Sara Nasuha kini mengorak langkah menceburi bidang perniagaan tudung dan busana menerusi jenamanya sendiri, Mia Sara (MS) Couture.

Berkongsi pengalaman saat mula-mula mahu berjinak-jinak dalam bidang perniagaan, Mia berkata dia bersama ayah dan rakan kongsi Mohad Azman Bermula dengan hanya menjual tudung secara kecil-kecilan di bawah khemah di Kampung Batu.

Dedah Mia, pernah satu ketika tidak ada seorang pun pelanggan yang datang dan membeli tudungnya.

Walaupun pernah berasa putus asa, Mia nekad meneruskan perniagaan secara serius sekembalinya daripada mengerjakan umrah dan bermula daripada penghijrahannya ke arah kehidupan muslimah pada Disember tahun lalu lapor Malaysian Digest.

Mia Sara bertudung terkini (16 gambar)

Rabu, 30 Mac 2016

Pelakon kanak-kanak Petronas yang kini dah besar..

Rabu, 2 Mac 2016


Laman Facebook popular, Sukan Star TV telah memuatnaik sekeping foto terkini yang menampilkan bekas pelakon iklan kemerdekaan ke 50 terbitan Petronas pada tahun 2007 yang meningkat remaja telah mencetuskan perbalahan dikalangan netizen.

Beberapa komen berunsur sindiran lucan telah ditulis oleh beberapa pengunjung laman facebook tersebut yang mengatakan betapa 'besar'nya Umi Khazriena sekarang, dengan mengkhusukan pada buah dada remaja tersebut.

"Saya Pentingkan Aurat Daripada Berlakon" - Mia Sara (video)

Rabu, 17 Februari 2016

Mia redha tawaran berlakon berkurang tapi dia buat ini.....

Jumaat, 29 Januari 2016

Difahamkan pelakon kanak-kanak, Mia Sara Nasuha yang sudah berhijrah kepada bertudung (menutup aurat) telah menerima dugaan apabila tawaran berlakon semakin berkurang.

Namun bagi Mia, dia redha dengan dugaan itu. Mia juga ada membuat perniagaannya sendiri iaitu jualan tudung miliknya iaitu MS Couture secara online.

"Tawaran lakonan semakin kurang dan saya faham mengapa saya tidak diambil berlakon. Tidak mengapa kerana Allah akan memberi rezeki lain kepada saya nanti.

"Malah saya sudah bersedia dengan segala kemungkinan yang mungkin berlaku selepas saya membuat keputusan mahu bertudung," katanya kepada mStar Online.

Inilah sebab mengapa Mia Sara sudah bertudung

Selasa, 12 Januari 2016

Mia Sara, 11, mengambil keputusan bertudung sejak pulang dari menunaikan ibadah Umrah di Mekah pada tiga minggu lalu.

Bapa Mia iaitu Muhammad Ridhuan Muhammad Saleh berkata, anaknya meluahkan keinginan itu sebelum ke Mekah pada 21 Disember tahun lalu dan hal tersebut mendapat sokongan baik oleh keluarganya.

Mia Sara terkini (9 gambar)

Rabu, 2 September 2015

Komen ayah isu Puteri Balqis berbikini yang mengejutkan..

Rabu, 29 Julai 2015

Beberapa hari lalu, pelakon kanak-kanak, Puteri Balqis ada memuatnaik gambar dia berbikini, dan ianya menjadi viral sehinggakan ramai yang tampil memberikan komen.

Ayah Balqis, Azizi Aziz pula tampil semalam di portal mStar dengan menyatakan yang mereka enggan peduli dengan komen-komen berkenaan anaknya itu.
"Kami gembira di sini (pulau) malah tidak peduli dengan orang lain. Biarlah mereka membuat penilaian sendiri," katanya menerusi mesej menerusi aplikasi WhatsApp.

"Dia digelar dengan pelbagai gelaran tetapi dia tenang membaca semua komen tersebut. Dia okay," katanya.

Puteri Balqis berbikini, ramai tampil beri komen.. (5 gambar)

Isnin, 27 Julai 2015

Pelakon kanak-kanak yang popular ketika ini, Puteri Balqis, 8 tahun, membuat kejutan apabila memuatnaik gambar berbikini dirinya ketika bercuti di salah sebuah peranginan dalam negara.

Ramai yang menasihati dan ada juga yang mengkritik cara ibu bapanya mendidik. Namun ada juga yang beranggapan sebaliknya, memandangkan Balqis masih kecil dan bukanlah perlu menjadi isu untuk diperbesarkan.

Bagi anda?

Pelakon Diari Ramadhan 2007 - Rafique (gambar)

Selasa, 23 Jun 2015


Wajah Terkini Pelakon Drama Diari Ramadhan Rafique
Drama Diari Ramadhan Rafique ini popular pada tahun 2007 dan pastinya anda masih ingat dengan wajah seorang budak yang berwajah kacukan mat saleh yang memegang watak Rafique ini.

Drama yang mengisahkan bagaimana Rafique pulang ke kampung dan cuba untuk berpuasa ini mendapat sambutan dan disukai ramai.

Dan ini wajah terkini Rafique.

Ucapan harijadi dari Mia Sara kepada Rykarl.. sangat sweet!

Rabu, 11 Mac 2015

Baru-baru ini pelakon kanak-kanak, Rykarl Iskandar telah menyambut hari jadinya ke-10 tahun. Namun dalam sambutan kali ini ada kejutan dari Mia Sara.

Mia mengucapkan ucapan yang agak sweet kepada Rykarl di dalam laman sosial Instagram milik Rykarl. Biasalah kanak-kanak, masih belum boleh bercinta cintun lagi. Hehe
"Hai. Hari ni birthday @rykarl_official. So mia nak ucapkan Happt Birthday Rykarl Iskandar.

"Semoga panjang umur dan murah rezeki selalu. Semoga awak menjadi anak yang soleh dan baik untuk papa dan mama awak. Saya doakan semoga awak berjaya dalam bidang yang awak ceburi," -Mia

Siapa kanak-kanak mirip Aaron Aziz ni?

Selasa, 3 Mac 2015

Wajah Budak Kembar Aaron Aziz
Dengar kata kanak-kanak ini menjadi viral di laman sosial akibat daripada wajahnya yang mirip pelakon Aaron Aziz. Namun begitulah kehendak sang Maha Pencipta, pasti akan ada mirip kita di mana-mana yang kita sendiri tidak tahu.

Tidak diketahui maklumat lanjut mengenai kanak-kanak ini.

Gambar terkini Siti Rahayu 20 Sen (3 gambar)

Sabtu, 24 Januari 2015

Inilah dia Siti Rahayu Sudarmaji, gadis yang popular untuk slot filem Bujang Lapok dimana dia selalu meminta 20 sen sebagai tanda menutup mulut kelakuan Sudin. Sekarang alahai dah jadi nenek dah, ada cucu.