Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Jangan terkejut jika budak ini sebenarnya peminat no.1 artis ini...

Khamis, 10 Ogos 2017


Jangan Terkejut apabila seorang kanak-kanak berusia enam tahun, Mohammad Reezqi Rayqal menjadi salah seorang peminat tegar Fattah Amin.

Mohammad Reezqi yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan itu sanggup merayu ibu bapanya untuk datang ke Kuala Lumpur semata-mata mahu bertemu aktor kegemarannya.

Ibunya, Wan Hanim Wan Muhammad, 38, berkata, anaknya mula meminati Fattah selepas menonton drama Suri Hati Mr Pilot.

Reezqi sanggup datang dari Kota Bharu untuk bertemu aktor kesayangannya.

Budak comel cium mulut Neelofa?

Rabu, 12 April 2017

Siapa budak misteri yang mencium mulut Neelofa ni ah. Sehinggakan mendapat 1 juta view kat laman Youtube. Memang dasyat, ramai yang cemburu rasanya.

Budak ni adalah anak saudara Neelofa bernama Fayyad, mereka bertemu lokasi di majlis perkahwinan Sharnaaz Ahmad & Noornabila minggu lalu.

Video Bocey dengan kanak-kanak comel ini jadi viral...

Jumaat, 2 Disember 2016

Seorang kanak-kanak perempuan yang mendendangkan lagu Memori Berkasih dengan Achey melalui aplikasi Smule telah menjadi perhatian ramai di media sosial beberapa minggu yang lalu.

Menurut BH Online, Achey sebenarnya sudah lama berhasrat untuk berduet dengan si cilik itu yang menggunakan akaun 'Putera Malaya', dipercayai milik bapa kanak-kanak berkenaan.

Achey mengakui yang dia kagum dengan bakat anak kecil itu kerana mampu menghafal beberapa lagu berserta rentaknya sekali.

Bakat Puteri Balqis, ini komen terbaik Mia Sara

Isnin, 28 November 2016

"Saya tidak pernah terfikir untuk bersaing dengan sesiapa."
Pelakon cilik, Mia Sara, 11 menegaskan tidak pernah terlintas di hati mahu bersaing, sebaliknya mengagumi bakat yang ada pada rakannya, Puteri Balqis.

Kanak-kanak Leukemia terima kejutan dari Shiro.. (5 gambar)

Khamis, 17 Mac 2016

Wajah 'adik' Anuar Zain kini dah dewasa (4 gambar)

Rabu, 20 Januari 2016

Siapa masih ingat adik yang menyanyi lagu Anuar Zain yang menjadi viral menggunakan format 3GP beberapa tahun yang lalu?

Kini dia dah besar dah, dan wajah kecomelan dia juga tidak banyak berubah. Hope adik ini boleh lagi menyanyikan lagu Anuar Zain versi dewasa.

Top 11 selebriti waktu kecil (11 gambar)

Khamis, 8 Oktober 2015

Pasti anda tertanya-tanya bagimana rupa selebriti wanita kesukaan anda di zaman kanak-kanak. Jom kita tengok.

Punca Nora Danish kata kanak-kanak jangan biadap!

Rabu, 25 Mac 2015

Nora Danish dikatakan bengang dengan kanak-kanak yang masih dibawah umur menjadi biadab apabila melayari laman sosial. Ini dibangkitkan Nora berkaitan komen biadap dan lucah oleh segelintir kanak-kanak yang tidak dipantau oleh ibubapa mereka.

Ucapan harijadi dari Mia Sara kepada Rykarl.. sangat sweet!

Rabu, 11 Mac 2015

Baru-baru ini pelakon kanak-kanak, Rykarl Iskandar telah menyambut hari jadinya ke-10 tahun. Namun dalam sambutan kali ini ada kejutan dari Mia Sara.

Mia mengucapkan ucapan yang agak sweet kepada Rykarl di dalam laman sosial Instagram milik Rykarl. Biasalah kanak-kanak, masih belum boleh bercinta cintun lagi. Hehe
"Hai. Hari ni birthday @rykarl_official. So mia nak ucapkan Happt Birthday Rykarl Iskandar.

"Semoga panjang umur dan murah rezeki selalu. Semoga awak menjadi anak yang soleh dan baik untuk papa dan mama awak. Saya doakan semoga awak berjaya dalam bidang yang awak ceburi," -Mia

Puteri Balqis enggan ke sekolah sebab..

Selasa, 13 Januari 2015

Pelakon kanak-kanak yang meningkat naik namanya, Aqish atau nama betulnya, Puteri Balqis difahamkan berhasrat tidak mahu bersekolah, bukan atas sebab popularitinya namun atas sebab pernah dibuli.

Balqis yang kini berusia 8 tahun mengakui, dia lebih selesa belajar di rumah dengan guru yang dibayar sendirinya sejak berusia 3 tahun lagi.

Nora Danish Dengan Budak Comel

Selasa, 1 Oktober 2013

Cantik tak Nora Danish dengan budak ni, khalisa, comel dan kiranya sepadan jika berlakon bersama menjadi seorang ibu dan anak.

Namun itulah realitinya, budak ini sepertinya anak orang lain yang sempat bergambar dengan Nora Danish. Di Instagram Nora juga kelihatan lebih 27,000 'love' gambar ini.

Kanak-kanak Hisap Rokok?

Khamis, 12 September 2013

Wah apa Raja Azmi buat dengan cucu dia tu. Lawak juga jadinya budak tu kan. Tak tahu la batang rokok ker atau manisan.

Kalau lihat memang seperti batang rokok betul.
 

Gambar Tengku Aleesya Berfesyen

Khamis, 27 Jun 2013

Wah Tengku Aleesya dah semakin bergaya lah. Anak Erra Fazira ini sudah pandai bergaya dengan baju dan pakaian pelbagai jenis/fesyen. Memang ada bakat juga nanti seperti emaknya. Apa-apa pun jum kita tengok gambar terbaru Aleesya bulan Jun ini. -Instagram Erra Fazira



Anak Salina Saibi Selamatkan Budak Lemas

Rabu, 20 Mac 2013

Wah sungguh tidak disangka, Kiera atau Farah Syakira yang berusia 4 tahun anak kepada pelakon Salina Saibi menjadi heroin apabila menyelamatkan seorang budak lelaki yang hampir lemas dengan sekaligus menyelamatkan nyawanya.

Berita ini sangat membanggakan dan super hairan, kerana anak Saibi ini masih lagi seorang kanak-kanak yang masih lagi dianggap tidak tahu apa-apa mengenai lemas dan nyawa. Namun itulah keajaiban berlaku, mungkin Allah mengerakkan dirinya menjadi penyelamat kepada orang lain.

Tahniah! baca lagi kat bawah ni k.

Siti Nurhaliza hiasi Pacaindera Mingguan

Isnin, 30 Julai 2012

Sisipan Pacaindera Utusan Malaysia semalam ada menerbitkan mengenai kisah kehidupan Datp' Siti Nurhaliza. Siapa yang beli pastinya sudah membaca artikel yang bersangkutan. Namun secara ringkasnya, sisipan itu menyatakan yang Siti pernah menjual kuih muih ketika waktu kecil remaja di bulan suci Ramadan menjelang.

Memang tidak disangka, Siti pandai membuat kuih muih. Bagi yang belum membaca lagi edisi istimewa silam Siti ini, boleh lah baca di Utusan. Baju Siti pakai nampak anggun lah, ramai peminat nak baju macam ni untuk Lebaran nanti, 'pm' inbox boleh? hehe.

Malaysia Book Of Records iktiraf Mia Sara

Sabtu, 14 Julai 2012

Mia Sara Nasuha Mohammad Ridhuan, 7, dianugerahkan sebagai pelakon termuda dalam Festival Filem Malaysia (FFM) yang juga disenaraikan dalam Malaysian Book Of Records malam semalam.

Mia yang hadir bersama bapanya dan juga pengurusnya berasa gembira dengan anugerah yang diberikan yang berlangsung di Intercontinental Hotel.

“Mia nak ucapkan terima kasih pada yg ucapkan tahniah pada Mia. InsyaAllah Mia tak lupa diri. Mia akan usaha lebih gigih lagi masa depan ,” tulis Mia dalam Twitternya semalam.
Setakat ini, Mia sudah pun dianugerahkan dengan tiga anugerah iaitu; Pelakon kanak-kanak terbaik dalam Festival Filem Malaysia 24; Best Kid Actress oleh TV# Kids Awards; dan Youngest Actress Winning Festival Film Malaysia oleh Malaysian Book of Records.

Mia juga pernah dicalonkan sebagai Pelakon Wanita Filem Paling Popular dalam Anugerah Bintang Popular 2011.

Video Nur Atikah Nabilah

Jumaat, 9 Disember 2011

Sebelum ni video yang memaparkan seorang budak perempuan mirip suaranya seperti Ning Baizura, kini muncul sekali lagi klip videonya yang ke-2 yang sudah dimuatnaik ke dalam laman YouTube. Nama budak ni adalah, Nur Atikah Nabilah Thane, yang masih lagi belajar dalam darjah 4 di Sekolah Rendah Serasa, Muara, Brunei Darussalam. Mungkin kawan-kawan seusianya masih lagi kurang memahami apa Atikah lakukan, namun itulah bakat kurniaan Allah untuk Atikah.