Lisa Surihani kena jangkitan kuman di mata!

Pada: Jumaat, 13 Julai 2012
Alahai kasihannya Lisa Surihani apabila dia dijangkiti penyakit mata viral conjunctivitis iaitu sejenis penyakit mata yang disebabkan oleh virus. Ini sebenarnya adalah berpunca daripada suaminya, Yusry yang menghidap penyakit ini pada bulan Jun yang lalu. Penyakit ini dikatakan oleh doktor yang merawatnya sangat berbahaya.

Lisa terpaksa ambil 'MC' selama dua minggu dan beberapa buah shooting terpaksa ditangguhkan. Dan doktor menasihati Lisa agar tidak menggunakan 'contact lens' dan makeup di bahagia berkenaan. Pesan Lisa, jangan gosok mata anda!

“Lisa menghidap penyakit itu berpunca daripada Yusry. Disebabkan dia alah kepada ubat, dia hanya pulih selepas tiga minggu. Selepas itu, penyakit tersebut merebak pula kepada Lisa.

“Ia bermula dengan mata sebelah kiri. Kemudian merebak kepada mata kanan. Kedua-dua mata Lisa merah dan pedih. Nak buka pun sakit,” -Via

Tag : , , , , , ,