Pada:
Selasa, 31 Julai 2012

Namun sisipan Kosmo semalam ada menemu ramah dengan Diana soal cintanya. Kata Diana dia masih lagi single dan masih lagi menunggu siapa calon suami yang sesuai bagi dirinya. Dia tidak menolak jodoh dan mengharapkan yang baik dipercepatkan kerana niat Diana dulu adalah mahu bersuami cepat, namun sekarang mahu mempercepatkan proses mendapatkan zuriat, kerana Diana sayangkan kanak-kanak.

Saya masih tiada teman lelaki dan tidak terfikir ke arah itu lagi sekarang tetapi ada juga beberapa ustaz yang mengajak saya 'taaruf' (berkenalan) selepas berbalas khidmat pesanan ringkas (SMS). Apabila mereka buat demikian terus saya tidak balas SMS itu. Saya berkenalan dengan mereka ketika dalam program keagamaan.Kita doakan yang terbaik sahaja untuk anak kelahiran Birmingham, England ini, semoga mendapat jodoh yang baik-baik sesuai dengan dirinya.
Saya masih tidak berani, misi saya sekarang untuk mendalami Islam. Ilmu saya masih tidak cukup dan tidak mahu campur aduk perkara lain dalam usaha saya kenal dengan agama sendiri.
Saya tidak memilih. Saya akan terima sesiapa sahaja jodoh yang ditentukan Allah, kalau ustaz juga tidak mengapa asalkan ustaz yang baik dan boleh membimbing saya kelak. -Kosmo
Tag : Cinta , Diana Amir , Gossip Artis , Jodoh , Kekasih Artis , Ustaz