Ina Naim selamat melahirkan anak ke-3

Pada: Jumaat, 1 Jun 2012
Ina Naim selamat melahirkan bayi perempuan yang juga anak ke-3 seberat 2.3 kilogram di Hospital Kota Tinggi (HKT), pada pukul 8.35 pagi Rabu yang lalu. Ina Naim ketika ditemui kelihatan gembira kerana dikurniakan bayi perempuan berikutan dua anaknya sebelum ini adalah lelaki.

“Sebelum ini Ina mengharapkan bayi perempuan kerana ingin tahu bagaimana melayan kerenah bayi perempuan berbanding lelaki. Malah, naluri keibuan saya mahukan anak perempuan sebagai peneman dan kawan apabila dia besar kelak.

“Syukur berkat solat hajat dan doa Ina serta suami, permintaan itu dimakbulkan,” katanya.
Jantina anak ketiganya itu hanya diketahui ketika pemeriksaan di HKT pada Isnin, hasil ujian imbasan sebelum dia melahirkan bayi itu pada Rabu. -Via

Tag : , , , , ,