Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Gambar Kekasih Baru Raja Azmi

Khamis, 20 Jun 2013

Ha ni lagi satu kisah kekasih baru, dimana pengarah Raja Azmi, 54 tahun yang juga janda 3 anak dan 2 cucu kini bercinta dengan pemuzik merangkap pemain bass kumpulan CRK, Hafiz @Eddie yang berumur 45 tahun yang juga duda anak 2.

Dengan beza 9 tahun, bagi mereka ianya bukan halangan malah dikatakan kalau sudah cinta, maka tak pandang apa-apa. -gambar Murai



Kereta Yuna dipecah masuk, rugi RM5000

Sabtu, 19 Mei 2012

Alahai. biasalah nasib buruk tidak kita sangka-sangka. Malahan terjadi dimana-mana tanpa kita menduga. Itulah yang terjadi kepada penyanyi indie, Yuna, apabila keretanya dipecah pencuri. Yuna kerugian/kehilangan hampir RM5000.00 ini termasuk salah satu gitar kesayangannya dan juga gitar milik seorang muridnya.

Mengikut informasi yang dipetik melalui sumber dari OhBulan, sebelum kejadian, kereta tersebut telah digunakan oleh gitaris kumpulan muzik Yuna, Farhan Fadzlishah, yang meminjam kereta tersebut untuk pulang kerumah. Namun pada jam 5.30 pagi, bapa gitaris berkenaan telah mendengar bunyi bising digaraj sebelum melihat kelibat 2 orang lelaki sedang memecahkan cermin tingkap belakang kereta Yuna.