Kekasih baru Syahrini, cucu Sultan Selangor?

Pada: Rabu, 16 Mei 2012
Artis dari Indonesia Syahrini (ex Anang) akhirnya mendedahkan sedang menjalinkan hubungan dengan seorang kerabat diraja Selangor, iaitu Raja Mohammad Syazni (Bubu). Syahrini berkata, mereka telah bercinta sejak dua tahun lalu selepas berkenalan ketika bertemu sempena sambutan tahun baru di Kuala Lumpur pada Disember 2010.

Pada bulan Februari lalu dia telah menerima sebentuk cincin berlian daripada Bubu dalam pertemuan makan malam serta jambangan bunga bagi meraikan cinta mereka.

Sementara itu Bubu memberitahu dia bukanlah lelaki yang berasal dari Bogor dan berketurunan Batak sebagai mana yang dihebohkan media Indonesia. Bubu mengesahkan dirinya adalah kerabat diraja yang berasal dari Selangor.

"Saya keturunan raja, saya adalah cucu Raja Selangor. Nama saya Raja, tak semua orang di Malaysia boleh menggunakan nama itu," ujar Bubu. -mStar
-bagaimana dengan Raja Gopal? huehue

Tag : , , , , , ,