Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Isteri Anang Keguguran Anak Sulung

Ahad, 2 Jun 2013

Anang Hermansyah mengesahkan isterinya, Ashanty mengalami keguguran pada malam Khamis lalu. Anang yang kini masih lagi bersedih dengan kejadian itu walaupun isterinya berada dalam keadaan baik dan sedang berehat.
"Ya benar berita berkenaan, dia (Ashanty) sedang berehat," ujarnya ringkas. -mStar
Ashanty sebelum ini terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengadu sukar bernafas namun kandungannya berada dalam keadaan baik.

Kekasih baru Syahrini, cucu Sultan Selangor?

Rabu, 16 Mei 2012

Artis dari Indonesia Syahrini (ex Anang) akhirnya mendedahkan sedang menjalinkan hubungan dengan seorang kerabat diraja Selangor, iaitu Raja Mohammad Syazni (Bubu). Syahrini berkata, mereka telah bercinta sejak dua tahun lalu selepas berkenalan ketika bertemu sempena sambutan tahun baru di Kuala Lumpur pada Disember 2010.

Pada bulan Februari lalu dia telah menerima sebentuk cincin berlian daripada Bubu dalam pertemuan makan malam serta jambangan bunga bagi meraikan cinta mereka.

Sementara itu Bubu memberitahu dia bukanlah lelaki yang berasal dari Bogor dan berketurunan Batak sebagai mana yang dihebohkan media Indonesia. Bubu mengesahkan dirinya adalah kerabat diraja yang berasal dari Selangor.

"Saya keturunan raja, saya adalah cucu Raja Selangor. Nama saya Raja, tak semua orang di Malaysia boleh menggunakan nama itu," ujar Bubu. -mStar
-bagaimana dengan Raja Gopal? huehue

Kris Dayanti Selamat Melahirkan Anak

Selasa, 6 September 2011

Tahniah dan selamat kepada penyanyi top Indonesia dan Malaysia yang juga kawan akrab Siti Nurhaliza, Kris Dayanti yang kini berusia 36, telah selamat melahirkan seorang anak sulung berjantina perempuan, Amora Arianna Lemos melalui pembedahan pada pukul 3.21 petang (waktu Malaysia) di Rumah Sakit Mitra, Jakarta kelmarin 5 September 2011. Hasil perkahwinannya dengan Raul pada bulan Mac 2011 yang lalu.

Difahamkan, Raul amat lega kerana isteri dan anaknya itu melalui proses kelahiran dengan selamat. Malah, Raul turut berkongsi kegembiraannya kepada semua dengan menghantar gambar anaknya sendiri kepada pihak media yang berada di hospital tersebut.
[via]

KD-Siti lebih dahsyat daripada Anang-Syahrini

Selasa, 9 Mac 2010

Krisdayanti kembali memberi pendapat tentang pasangan duet dan juga merangkap bekas suaminya, Anang Hermasyah dengan Syahrini. Katanya Anang-Syahrini adalah pasangan duet yang dahsyat dan meletop, tetapi duetnya bersama Siti Nurhaliza, adalah duet super dahsyat dan lebih gah dikedua-dua negara Nusantara. KD-Siti menjadi super dahsyat kerana Siti Nurhaliza lebih mempunyai suara yang sangat istimewa. Kelebihan Siti iaitu boleh menyanyi keroncong dan melayu.

"Anang dan dia (Syahrini) dahsyat, kalau kami berdua super dashyat. Kalau dibandingkan suaranya jelas beza, kalau super dahsyat ini (sambil menunjuk Siti) boleh menyanyi keroncong dan melayu," kata KD.
"KD juga suaranya sangat bagus sekali, semangatnya kembali semula dia juga mampu menawan hati peminatnya kembali," jelas Siti.