Shikin Dangdut setahun tidak sebumbung, belum lagi cerai

Pada: Selasa, 20 Mac 2012
Shikin (dangdut) tidak lagi tinggal lagi serumah bersama suaminya lebih setahun yang lalu. Walaupun sudah hampir setahun tidak tinggal bersama, Shikin memberitahu bahawa dia tidak mahu bercerai lagi buat masa ini kerana memberitahu bahawa mereka lebih selesa sedemikian.

"Keputusan yang kami buat sejak setahun yang lalu telah dipersetujui kedua-dua belah pihak. Kami telah berbincang dan memutuskan untuk tidak tinggal bersama. Ini kerana ingin memberikan ruang kepada masing-masing," ujarnya.
Shikin turut memberitahu bahawa hubungannya bersama suami, Ahmad Zuki Mohd Zain, sudah tiada jodoh namun menyerahkan segala takdir kepada Allah untuk menentukan hubungan mereka.

Oleh yang demikian, Shikin turut tidak mahu menfailkan penceraian kerana memikirkan terpaksa berulang-alik ke mahkamah.

Hubungan mereka seperti sahabat dan ini dibuat demi anak tunggal mereka Qistina Balqis yang berusia tujuh tahun. -Via

Tag : , , , ,