Akma AF3 bakal bertunang dengan Farih

Pada: Sabtu, 17 Mac 2012
Memetik daripada sumber asal, Murai, yang Akma AF3 bakal bertunang dengan seorang pegawai ekskutif Petronas beranam Farih Hamshi. Umur mereka hanya dibezakan setahun tua daripada Akma. Episod percintaan mereka berdua dalam masa 5 tahun cukup mencabar dan pertemuan mereka telah membuatkan mereka berdua mengambil keputusan untuk bertunang.

Akma dirisik pada 3 Mac yang lalu
"Insya-Allah, mengikut perancangan, saya akan bertunang dengan Farih pada 6 Mei depan. Saya mula mengenali dia, selepas saya habis program AF3. Kawan saya yang memperkenalkan saya dengannya,

"Sebenarnya saya juga tidak menyangka akan bertemu jodoh dengannya. Dalam masa lima tahun, kami tidak berjumpa sehinggalah awal tahun 2011 kami berjumpa semula. Setelah bertemu semula, alhamdulillah kami mengambil keputusan untuk bertunang," jelasnya. -Via

Tag : , , , ,