Mawi, Ekin dapat anak perempuan

Pada: Rabu, 29 Februari 2012
Mawi kini sudah bergelar ayah selepas isterinya, Ekin, selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada pukul 4 pagi Selasa.

Bayi sulung seberat 2.8 kilogram (kg) itu dilahirkan secara normal di Hospital Pakar An-Nur Hasanah, Bangi dan belum diberikan nama. Ekin telah dimasukkan ke hospital pada pukul 7.30 malam semalam (Isnin).

Dikhabarkan Mawi dan Ekin enggan mendedahkan wajah anak sulung mereka buat masa ini. Tetapi sebuah majlis kesyukuran akan diadakan dalam masa terdekat ini bagi meraikan kelahiran anak pasangan selebriti tersebut. -Via

Tag : , , , , ,