Pada:
Rabu, 8 Februari 2012
Tambahnya, tiada sebarang persoalan pun bermain dalam fikiran sebaik bertudung malah dirinya berasa tenang dan bersyukur keinginan itu diperkuatkan lagi dengan sokongan insan terdekat, terutama keluarganya.

“Sama ada mummy, adik-beradik, keluarga bakal mentua mahu pun Naim, masing-masing tidak terkejut apabila sejak kelmarin saya sudah mula keluar memakai tudung termasuk ketika bertemu dengan bekas pensyarah saya untuk memberikan kad undangan perkahwinan.
“Sebenarnya hasrat itu sudah lama saya kongsi dengan mummy. Jadi, dia pun tumpang gembira dengan perubahan ini, begitu juga insan terdekat yang lain,” katanya yang kini sibuk dengan persiapan hari pernikahannya pada 25 Februari ini. -Via
Tag : Ana Raffali , Artis , Berita Artis , Islam , Maulidurasul , Tudung

